Tuesday, April 5, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

05 APRIL

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.
Mengimbau kembali akan sejarah perkembangan kereta nasional kita, Proton dengan model barunya. Mari baca......


PELANCARAN PROTON TIARA
Tarikh Peristiwa : 05-04-1996

Pada hari ini dalam tahun 1996, Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan kereta Proton Tiara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis pelancaran tersebut ialah Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Datuk Seri Yahya Ahmad Pengerusi PROTON-DRB Sdn.Bhd (USPD). Proton Tiara merupakan produk sulung hasil kerjasama Usahasama Proton - DRB Sdn. Bhd. (USPD) dengan Citreon Automobil Industries pengeluar kereta terkemuka yang berpangkalan di Perancis. Proton Tiara yang menggunakan enjin 1124 cc, merupakan kereta kompak yang dibangunkan berdasarkan model Citreon AX. dijual pada harga antara RM 34,000.00 hingga RM 37,000.00 seunit. Pada peringkat awal, pengeluarannya sebanyak 1,900 unit sebulan akan dikeluarkan berbanding dengan kapasiti penuh pengeluarannya antara 2,500 hingga 3,000 unit. Sesungguhnya, pelancaran Proton Tiara ini telah membuka lembaran baru industri automobil negara dalam melaksanakan projek usahasama yang menggabungkan industri kereta tempatan dengan teknologi industri kereta dari Eropah.


SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...