KUALA TERENGGANU, April – Pintu rundingan antara UMNO dan Pas berhubung kerajaan perpaduan tidak pernah ditutup, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata UMNO sememangnya sentiasa menunggu tibanya hari orang Melayu sebagai penduduk majoriti negara dapat bersatu dan tidak lagi berpecah belah kerana parti.
“Sekiranya Pas mengambil keputusan untuk tidak bersama lagi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang, kami sedia berbincang idea mengenai kerajaan perpaduan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis Kursus Retreat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung dan Ru Rendang di sini, hari ini.
Ahmad berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali hari ini yang beliau akan menyatakan pendirian mengenai kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas selesai siasatan dibuat terhadap kes video seks yang pelakunya didakwa mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kursus retreat hari ini diadakan untuk anggota UMNO dari lapan kawasan DUN yang dimenangi pembangkang, sebagai pembakar semangat untuk merampas kawasan berkenaan.
Selain DUN Bukit Payong dan Ru Rendang, program itu akan diadakan di enam lagi kawasan DUN yang dimenangi pembangkang iaitu DUN Ladang, DUN Batu Burok, DUN Bukit Tunggal, DUN Manir, DUN Sura dan DUN Wakaf Mempelam.
UMNO MEMANG TIDAK PERNAH MENOLAK SEKIRANYA PAS INGIN MENYAMBUNG KEMBALI PERBINCANGAN UNTUK MENUBUHKAN KERAJAAN PERPADUAN, CUMA SEKUTU PAS, PKR, DAP YANG SEDIKIT GENTAR DAN CEMBURU, MENGHARAPKAN ITU TIDAK AKAN TERJADI. KALAU ITU BERLAKU, ADUHAI........TERSENTAPLAH SI NUAR TU. TAK ADA PELUANGLAH DIA NAK KE PUTRA JAYA DAN JADI PERDANA MENTERI. KESIAN. IKHLAS DARI : IBM