Thursday, April 28, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

28 APRIL


Gambar Getah Keping

ASSALAMUALAIKUM RAKAN-RAKAN YANG DIHORMATI.

JOM BACA APA YANG BERLAKU PADA HARI INI :

PERASMIAN PUSAT PAMERAN BARANGAN GETAH ANTARABANGSA MALAYSIA
Tarikh Peristiwa : 28-04-1997

Pada hari ini dalam tahun 1997, Perdana Menteri, Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Sungai Buloh, Selangor. Tujuan utama Pusat Pameran ini didirikan adalah bagi menambahkan lagi kemudahan sokongan yang ada bagi menggalakkan pertumbuhan industri pembuatan berasaskan getah; sebagai asas rujukan dan maklumat; sumber nasihat teknikal yang disokong dengan pakar-pakar penyelidik serta saluran penting untuk mendorong dan mempromosi industri berasaskan getah melalui kerjasama rapat dengan Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak atau Tun Abdul Razak Research Centre di Brickendenbury, England. Selain daripada itu, melalui Pusat Pameran ini barangan buatan Malaysia juga dapat dipromosikan kepada usahawan luar negara. Semasa berucap merasmikan Pusat Pameran ini, Perdana Menteri memaklumkan bahawa di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7), kerajaan bercadang untuk membangunkan sebuah ‘Rubber City’ di sebahagian RRIM. Ia dijangka akan dibangunkan secara penswastaan dan mengandungi ibu pejabat Lembaga Getah Malaysia dan makmal-makmalnya, Taman Industri Getah serta kawasan perumahan dan rekreasi. Penubuhan Pusat Pameran ini telah menjadi pemangkin kepada perkembangan industri pembuatan barangan getah negara ke tahap yang lebih tinggi.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...