Friday, April 22, 2011

Benjy masuk ICU, perbicaraan kes dadah diteruskan

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

KUALA LUMPUR - Walaupun dimasukan ke ICU, kesnya diteruskan.
Perbicaraan kes dadah pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Benjy, diteruskan di Mahkamah Majistret di sini, semalam walaupun dia tidak hadir kerana dikatakan tenat dan berada di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta.

Majistret, Hafizza Sauni memutuskan untuk meneruskan prosiding itu dengan memanggil saksi yang tidak memerlukan sesi pengeceman daripada tertuduh. Mahkamah sebelum ini menangguhkan perbicaraan selepas pelakon itu dikatakan tidak sihat dan sedang mendapat rawatan di Hospital Pakar Damansara.

Benjy, 33, didakwa memiliki 0.24 gram syabu di sebuah rumah di Menara Duta 2, Jalan 1/38B off Jalan Segambut di sini, pada 4 petang, 11 Mac tahun lalu. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah di Vista Mutiara, off Jalan Ambong kiri, Kepong Baru di sini pada 3 petang hari sama.

DIHARAP BENJY SEMPAT SEMBUH DAN DAPAT DI BICARKAN DENGAN ADIL. KESALAHAN MASIH LAGI BELUM DI PUTUSKAN, MASA YANG AKAN MENENTUKANNYA. DAN KITA SAMA TUNGGU PERKEMBANGAN SELANJUTNYA. IKHLAS DARI : IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...