Monday, April 11, 2011

Gergasi Merah tumbang di laman sendiri

Lambang Pasukan bolasepak Negeri Selangor

Pegawai-pegawai FAS bergambar bersama pemain-pemain Skuad Selangor bagi tahun 2011

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN.

Sembang bolasepak :
Aduhai, sakitnya hati bila melihat pasukan kesayangan tumbang di laman sendiri. Di mana silapnya ?? dan siapa yang harus dipersalahkan ??

HASRAT Selangor untuk melebarkan pungutan mata di persada liga lebur apabila tumpas 0-2 kepada T-Team, di Stadium Shah Alam. Anak buah jurulatih K.Devan serba tidak menjadi apabila gagal menafaatkan aksi di laman sendiri, malah mensia-siakan sepakan penalti.

Pada babak kedua, T-Team yang dibimbing Yunus Alif mengambil kesempatan terhadap kelekaan barisan Selangor menerusi jaringan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-50 dan Indra Putra Mahayuddin enam minit sebelum perlawanan tamat.

Kekalahan skuad Gergasi Merah Kuning itu bermakna Kelantan yang menang besar ke atas Felda United memintas mereka di puncak liga.

INSYALLAH, SELANGOR AKAN BANGKIT DAN AKAN TERUS MEMBERI SAINGAN YANG SENGIT KEPADA LAWAN-LAWANNYA. SKUAD GERGASI MERAH KUNING TAK PERNAH MENYERAH KALAH. KEPADA PEMINAT-PEMINAT SETIA MERAH KUNING, TERUSKAN MENYOKONG PASUKAN KESAYANGAN KITA. HIDUP SELANGOR ! IKHLAS DARI : IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...