Friday, April 22, 2011

Jailani Sidek bukan suami dayus

Raja Azmi bergambar bersama suaminya, Jailani Sidek dan anak-anaknya.


SALAM UNTUK SEMUA.


KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek menafikan dirinya dayus kerana masih setia dengan Raja Azmi Raja Sulaiman ketika produser filem tersebut disiasat atas dakwaan berkhalwat.

Jailani yang ditemui selepas hadir ke Pejabat Hal Ehwal Siasatan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, pada Khamis menambah, dia lebih mengetahui tentang perihal isterinya.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku. Anak saya yang bersekolah di tingkatan lima juga malu untuk ke sekolah kerana sering ditanya mengenai perkara itu,” katanya.

Jailani juga memberitahu, dia bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat menghebahkan perkara tersebut, termasuklah penulis-penulis blog.

Pada Khamis, Jailani memberi keterangan selama kira-kira setengah jam selepas tiba di pejabat itu pada pukul 9.45 pagi dengan ditemani oleh isterinya.

Pada pukul 11.30 pagi, Roslin tiba di pejabat sama, bagaimanapun keterangannya hanya diambil pada pukul 12.45 tengah hari dan tamat pada pukul 2.30 petang.

Roslin semasa ditemui mengakui bahawa dia sedih dengan kejadian itu tetapi pada masa yang sama lega kerana perkara tersebut akan berakhir tidak lama lagi.

“Lebih cepat habis, lebih cepat orang akan tahu siapa yang salah dan siapa yang betul,” tambah Roslin.

Dia juga mendakwa, kehancuran dua perkahwinannya sebelum ini disebabkan oleh individu yang dikenalinya.

“Kalau boleh saya juga mahu berkahwin semula, tetapi takut jika wanita yang menolak,” katanya.

Sementara itu, peguam Roslizam Rahim yang mewakili Jailani dan Roslin memberitahu, anak guamnya dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi di bawah Seksyen 58 sub Seksyen 1, Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 250) berhubung satu aduan tanpa tangkapan kesalahan berkhalwat.

Beliau menambah, Raja Azmi dan Roslin diminta untuk hadir semula ke pejabat berkenaan pada 19 Mei depan untuk mengetahui sama ada pihak pendakwaan akan membuat pertuduhan di mahkamah atau tidak.

Cerita mengenai insiden khalwat tersebut pernah ditimbulkan oleh bekas isteri kedua Roslin, Norhayati Othman di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini pada prosiding pengesahan lafaz cerai.

Norhayati yang merupakan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) semasa itu mendakwa, dia dan dua adiknya menyerbu bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini pada pukul 8.30 malam selepas mengesyaki Roslin berdua-duaan dengan Raja Azmi di situ.

Bagaimanapun, Raja Azmi pada 20 April lalu menjelaskan bahawa Roslin hanya menghantarnya ke hotel berkenaan untuk dia mendaftar masuk bilik bagi membolehkan keluarganya bermalam di situ.

Penerbit filem ... Dalam Botol itu juga menafikan bahawa dia dan Roslin berdua-duaan di dalam bilik hotel.

TAK BERANI NAK KOMEN - IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...