Sunday, April 24, 2011

AC Mizal tolak tawaran pembangkang, sertai UMNO untuk berjuang

ASSALAMUALAIKUM, DAN SALAM SEJAHTERA.

SYUKUR ALHAMDULILLAH, SUDAH RAMAI MASYARAKAT MELAYU KINI MENERIMA KEMBALI UMNO, PARTI YANG MEMPERJUANGKAN HAK-HAK ORANG MELAYU. DAN SEJAK AKHIR-AKHIR INI, RAMAI DI KALANGAN SELEBRITI TANAH AIR TELAH MENYERTAI DAN MENGIKTIRAF AKAN PERJUANGAN UMNO. TERKINI, JOM BACA......

IPOH, 24 April – Pelakon dan pengacara Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk UMNO di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu hari ini.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai UMNO kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

“Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (UMNO) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan,” katanya pada program anjuran UMNO Bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah ditawarkan menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu tetapi menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan
oleh parti berkenaan.

“Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan UMNO yang popular dengan slogan ‘Dulu, Kini dan Selamanya…tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka,” katanya.

AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang anggota biasa Pemuda UMNO dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.

“Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan,” katanya.

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata beliau turut memilih untuk bersama-sama UMNO Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah
tempatnya.

Isterinya Emylia berasal dari sini.

Sementara itu, Pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya.

MUDAH-MUDAHAN RAMAI LAGI SELEBRITI TANAH AIR MEMBUKA MATA, DAN MENYERTAI UMNO. APAPUN TAHNIAH DIUCAPAKAN KEPADA AC MIZAL, DAN SELAMAT BERJUANG DEMI BANGSA DAN TANAH AIR. IKHLAS DARI : IBM

2 comments:

  1. Bekas peniaga sport rim(Workshop) di jln Ceras.,

    Kemudian jual gelang.

    Jadi Ahli AMNO ?,

    X der apa yg.nak di banggakan sangat.

    Ibarat kata melukut di tepi gantang.

    Msuk x tambah apa apa, klu di luar lebe baik agar X merosakan beras asal di dalam nya.

    Jgn maree ek!

    ReplyDelete
  2. Putra IJ80 : Salam bro. Nasihat saya mudah. Kalau masuk UMNO utk dptkan sesuatu, baik lupakan saja. cuba kita kenang kembali sejarah, jasa2 org Umno yg dulu. Mereka tidak minta di balas. Sebelum itu, cuba tanya pd diri kita, apakah jasa kita kpd Parti?...dan jgn tanya apa parti buat utk kita. Jgn maree bro. Ikhlas dari : IBM

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...