Friday, April 8, 2011

Satu lagi pembohongan dan temberang KeadilanDaily

Nurul Izzah bersama sebahagian bekas ahli UMNO yang menyertai KEADILAN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA RAKAN-RAKAN YANG DIMULIAKAN.


Oleh kerana ketandusan modal, idea, pembohongan demi pembohongan telah di sibarkan oleh KeadilanDaily. Terkini...berbohong kononnya UMNO Cawangan Liner City 2 telah di bubarkan, dan tertubuhlah Ranting ke-16 PKR Lembah Pantai.

KUALA LUMPUR: Umno cawangan Linear City 2 hari ini dibubar berikutan timbalan ketuanya, Mahadi Mohd Nor bersama hampir 20 penyokong beliau meninggalkan parti itu dan menyertai KEADILAN.

Pembubaran cawangan itu diganti dengan penubuhan Ranting baru KEADILAN yang ke-16 dalam Parlimen Lembah Pantai.

Borang penyertaan diserahkan kepada Ketua Cabang KEADILAN Lembah Pantai yang juga Ahli Parlimen, Nurul Izzah Anwar.

Bercakap kepada KeadilanDaily, Mahadi berkata, beliau menyertai KEADILAN kerana yakin dengan komitmen parti itu bersama Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, komitmen itu jelas apabila Selangor yang diterajui pimpinan KEADILAN, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya merakyatkan ekonomi Selangor melalui pelbagai dasar kebajikan.

“Di peringkat persekutuan, KEADILAN bersama Pakatan Rakyat menawarkan dasar kebajikan yang jelas melalui agenda Buku Jingga.

“Antara yang menarik perhatian ialah tekad untuk menurunkan harga minyak dan menghapus tol secara berperingkat-peringkat,” katanya pada 3 April lalu.

Mahadi juga mengakui Umno walaupun giat mencerca Buku Jingga dengan pelbagai tohmahan tetapi sebenarnya cuba meniru dasar itu secara diam-diam.

Pada masa ini, katanya, Umno hanya mampu meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang melalui gimik politik.

Mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, Nurul Izzah menegaskan, KEADILAN sedia menerima individu yang komited bagi menjayakan perubahan besar di negara ini.

Turut hadir majlis itu ialah puluhan pimpinan KEADILAN Cabang Lembah Pantai dan masyarakat setempat. EKORAN DARI ITU UMNO CAWANGAN PERTIMBANGKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG.

"JENTERA KAMI MASIH KUKUH, TINDAKAN PEMBANGKANG NAIKKAN SEMANGAT UNTUK TERUS BERJUANG." - ROSMAN

- UMNO Cawangan Liner City 2 mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang mendakwa parti Cawangan itu sudah di bubarkan.

Ketuanya, Rosman Ramli berkata, individu yang mendakwa dirinya ahli UMNO juga diminta tampil agar pihaknya dapat mengesahkan status keahalian parti mereka. Rosman berkata demekian bagi mengulas laporan portal berita pembangkang yang mendakwa UMNO Cawangan itu bubar susulan tindakan timbalan ketuanya keluar parti.

Menurutnya Rosman, kenyataan yang dikeluarkan dalam laman portal parti pembangkang itu sengaja untuk mematahkan jentera parti tersebut.

HIDUP UMNO !!...MAMPUS PKR !! PARTI KELENTUNG RAKYAT - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...