Monday, April 25, 2011

PAS jadi parti "Kluk Klek" tercabut taring di sergah PKR, DAP

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

DAH JADI RESAM POLITIK, DI PERKUDA-KUDAKAN ATAU PUN MENJADI PAK TURUT. BEGITULAH TERJADI KEPADA PAS YANG TAK PERNAH SEDAR DIRI DIPERMAINKAN OLEH PKR DAN DAP.


KUALA LUMPUR 25 April “Bukan menjadi satu rahsia lagi Pas hanya bukan sekadar budak suruhan, rupa-rupanya lebih teruk daripada apa yang saya sangkakan…Ingatkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali mempunyai taring, namun sekadar “taring palsu” yang boleh dicabut sesuka hati oleh sekutunya”, kata bekas Ahli Dewan Ulama Pas, Prof Madya Mohd Noor Deris.

Lantaran itu, beliau mengingatkan seluruh kepimpinan Pas agar mengingati dan takut kepada Allah yang maha esa dan bukannya mengejar kuasa dan takut sesama manusia kerana pembalasan dihari akhirat cukup pedih.

“Inilah natijahnya apabila berada dalam satu pakatan “Ahzab” untuk meruntuhkan sebuah kerajaan Islam yang diterajui Datuk Seri Najib Razak. Mereka tidak mengenal sesiapa malah hanya “berkiblatkan” Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pada mulanya saya bersyukur kerana masih ada yang berani di dalam kepimpinan Pas, namun sehari selepas itu saya terduduk kerana tidak menyangka mereka boleh berubah dalam sekelip mata gara-gara teguran daripada sekutu mereka


“Paling menyedihkan media pula yang menjadi galang ganti untuk menutup kenyataan yang dikatakan telah mengguris “idola” mereka, dan bukannya konsisten dengan apa yang diungkapkan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kelmarin, Mustafa dalam sidang akhbar memberitahu Pas akan membuat ketetapan baru jika terbukti pelaku dalam rakaman video aksi seks yang kini disiasat ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana didakwa oleh trio ‘Datuk T’.

Namun, tidak sampai 24 jam kemudian, Mustafa menafikan beliau pernah membuat kenyataan sebegitu, dipercayai akibat tekanan daripada PKR terutama Azmin yang menyelar Setiausaha Agung Pas itu secara terbuka menerusi Twitter.

Ustaz Mohd Noor seterusnya menambah, sikap keluk-klek yang diamalkan oleh kepimpinan Pas bukanlah satu perkara pelik kerana mereka mungkin diasuh dengan sikap sedemikian rupa.

“Cuba tengok perjuangan Negara Islam mereka…sekejap timbul untuk tarik sokongan orang Melayu dan kemudiannya tenggelam setelah disergah oleh sekutu ahzab mereka, DAP. Bagi saya tidak pelik..cuma malu tu ada la sebab saya sangkakan “taring” kawan-kawan lama di dalam Pas masih berbisa tetapi rupa-rupanya tidak sama sekali,” katanya. -MediaUMNO

KESIAN PAS..........."NAK KU NANGIS TAK BERAIR MATA, NAK KU RAYU PADA SIAPA...HUHUHU....MUNGKIN BEGITULAH APA YANG TERSIRAT DIDALAM HATI PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS. IKHLAS DARI : IBM


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...