Thursday, April 14, 2011

Raja Petra : Najib dikait kes Altantuya bolehkan Ku Li jadi PM

Dikaitkan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu

"Tujuan pertemuan ialah mengeksplosi bagaimana boleh digerakan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan Perdana Menteri." - Raja Petra

Bercita besar untuk menjadi Perdana Menteri

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PARA PEMBACA YANG BUDIMAN.
MARI BACA, JANGAN TAK BACA, RUGI NANTI..............

KUALA LUMPUR, 14 April Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamarudin hari ini mendedahkan konspirasi yang cuba mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, boleh menjadi perdana menteri.

Raja Petra membuat pendedahan ini sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.

“Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri,” tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.

Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri,” kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.

Raja Petra juga menamakan beberapa orang yang hadir pada pertemuan itu termasuk penulis blog Umno dan juga Rafizi Ramli, kini pengarah strategi PKR, tetapi tidak menyebut bila mesyuarat itu diadakan.

Najib menggantikan Abdullah pada April 2009.

MENYUSUL LAGI - Ikhas Dari : Malaysiainsider

HANGAT..!!...HANGAT..!!...malas nak komen. Kita tunggu perkembangan selanjutnya. Apapun tuhan telah tunjukkan bahaw PM dan Isterinya tidak terlibat dan bersalah. Ikhlas Dari : IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...