Thursday, April 7, 2011

Wan Azizah wajib dianugerahkan "Tokoh Isteri Mithali"

"Oh Azizah, lembut kulit mu, abang sayang kamu" - Anwar. (Tapi..dalam hati, PODAHHH!!)

MEMANG ITULAH HARAPAN KAK JIJAH TERHADAP ANWAR. MAHU MENJADI SEORANG ISTERI 'MITHALI'....TAPI, WAJARKAH GELARAN ITU DI BERI KEPADA KAK WAN?....FIKIR-FIKIRKANLAH...........

SHAH ALAM,“Secara peribadi saya ucapkan ribuan tahniah kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah yang menafikan pelakon utama dalam rakaman skandal seks libatkan seorang pemimpin kanan pembangkang berkenaan bukanlah suami beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim”, ujar Bekas Setiausaha Pemuda Keadilan Negeri Selangor, Wan Indera Putra Wan Ahmad.

azizah-menang-award

Tegas beliau, ini menunjukkan Datin Seri Wan Azizah telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri bahkan ibu kepada anak-anak beliau bersama pelakon yang dimaksudkan itu.

“Datin Seri Wan Azizah layak di berikan tokoh “Anugerah Isteri Mithali”, namun dalam perjuangan dirinya mempertahankan suami beliau dalam perkara yang menjijikkan ini, beliau haruslah mengutamakan suara majoriti rakyat yang begitu kecewa, kesal dan meloyakan ini.

“Yakinlah Datin Seri Wan Azizah bahawa yang benar tetap benar, kebenaran di ambang pintu, kejatuhan dan kemusnahan PKR khususnya suami beliau makin hampir, Mudah-mudahan Allah membuka pintu hati Datin Seri Wan Azizah untuk menerima kelemahan suaminya itu,” ujarnya dalam satu kenyataan mengulas kenyataan Datin Seri Wan Azizah bahawa lelaki yang dikaitkan dalam rakaman video tersebut bukan suaminya, Anwar Ibrahim.

Terdahulu, keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet baru-baru ini.

Isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata video itu merupakan “bukti paling jelas” bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu

{SUMBER : MEDIAUMNO }

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...