Wednesday, April 20, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

20 APRIL

PELANCARAN SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)
Tarikh Peristiwa : 20-04-1981
Pada hari ini dalam tahun 1981, Perdana Menteri Dato’ Hussein Onn telah melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Skim Amanah Saham Nasional telah ditubuhkan pada 22 Mei 1979, di bawah Akta Syarikat 1965 bagi melibatkan penyertaan secara beramai - ramai kaum bumiputera untuk memiliki saham dan memperolehi keuntungan. Permodalan Nasional Berhad telah diamanahkan untuk mengurus dan membuat pelaburan bagi kepentingan bumiputera. Dalam Ucapan Perasmiannya Perdana Menteri, menyatakan akan perlunya penglibatan kaum bumiputera untuk menyertai skim ini kerana ianya merupakan alat terpenting dalam usaha untuk menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru melalui pemilikan saham sektor syarikat sekurang – kurangnya 30 peratus menjelang tahun 1990. Sesungguhnya Skim ASN ini telah memperlihatkan kesungguhan kerajaan selepas kemerdekaan negara untuk memperimbangkan kedudukan ekonomi antara kaum dan seterusnya mewujudkan keadilan sosial dalam sebuah negara yang berbilang bangsa.


SELAMAT MEMBACA DAN SELAMAT MELABUR DEMI MASA DEPAN KITA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER " ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...