Wednesday, April 6, 2011

213 Calon Tanding pilihan Raya Sarawak, hebat!!


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

Selesai sudah proses penamaan calon di PRN Sarawak. Maka malam ini bermula kempen bagi setiap parti yang bertanding. Apapun, saya harap rakyat akan terus bersama gelombang 'BIRU' BN yang telah banyak berjaya pada rakyat Sarawak.

Pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang dijalankan serentak bagi semua kawasan DUN.

Tempoh kempen ditetapkan selama 10 hari dan tarikh mengundi ditetapkan pada 16 April.

NONE

Pilihan raya kali ini menjanjikan perkembangan menarik di sudut BN yang berusaha memperbaiki prestasi mereka berbanding pilihan raya negeri terakhir pada 20 Mei, 2006.

Dalam pilihan raya itu BN kehilangan lapan kerusi – sebahagian besarnya di kawasan majoriti Cina di Kuching dan juga di kerusi majoriti Dayak di Engkilili dan Ngemeh.

Sementara itu, Pakatan Rakyat yang berbekalkan pengalaman mentadbir beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pula menawarkan kerajaan alternatif kepada pengundi.

Pertembungan di antara pelbagai parti dijangka akan berlaku khususnya di kawasan majoriti bumiputera, termasuk di antara Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS). [klik di sini ] untuk cerita selanjutnya......

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...