Friday, April 1, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

01 APRIL

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

Mengimbau sejarah silam.......

PENUBUHAN MALAYAN UNION
Tarikh Peristiwa : 01-04-1946
Pada hari ini dalam tahun 1946, Tanah Melayu telah diletakkan di bawah Sistem Pentadbiran yang dikenali sebagai Malayan Union bagi menggantikan pemerintahan sementara iaitu Pentadbiran Tentera British atau BMA. Penubuhan Malayan Union ini telah meletakkan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri naungan negeri jajahan British sepenuhnya dengan diketuai oleh seorang Gabenor British. Di bawah pentadbiran ini Sultan-sultan Melayu telah kehilangan kedaulatan dan kuasa-kuasa ke atas negeri-negeri masing-masing, ianya terhad kepada soal agama Islam dan adat istiadat dalam negeri sahaja. Perlembagaan Malayan Union juga telah memberi hak kewarganegaraan yang saksama tanpa mengira bangsa dan asal keturunan melalui prinsip Jus Soli. Akibat daripada tentangan yang kuat dan berterusan daripada orang-orang Melayu mengenai penubuhan Malayan Union suatu Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada Julai 1946 bagi merangka sebuah perlembagaan baru yang dapat diterima oleh orang Melayu. Draf pelembagaan tersebut telah disiapkan pada bulan Disember 1947, menjadi asas kepada Pelembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah ditandatangani pada 21 Januari 1948. Sesungguhnya Malayan Union telah membangkitkan dan menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan orang-orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan negara daripada penjajah.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...