Monday, April 25, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

25 APRIL

ASSALAMUALAIKUM PARA PEMBACA YANG SAYA MULIAKAN.
HARI INI DALAM SEJARAH (Berkisarkan hal jenayah). JOM BACA :

RANG UNDANG-UNDANG (PINDAAN) UNTUK CEGAH JENAYAH YANG MENGGUNAKAN SENJATA MERBAHAYA DILULUSKAN
Tarikh Peristiwa : 25-04-1961

Keselamatan orang awam merupakan tanggungjawab utama yang sentiasa menjadi tumpuan kerajaan. Pelbagai Undang-undang telah digubal bagi mewujudkan garis panduan kepada masyarakat. Jika perlu tambahan dan pindaan dijalankan bagi mengetatkan peraturan yang telah dikuatkuasakan. Sebelum sebarang undang-undang dikuatkuasakan ianya perlu diperbahaskan di Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Pada hari ini 25.4.1961 Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang (Pindaan) bagi mencegah jenayah yang menggunakan senjata merbahaya. Rang Undang-undang (Pindaan) 1961, merupakan pindaan kepada Rang Undang-undang 1959, Pindaan yang dikemukakan oleh Dato’ Dr. Ismail selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri dilakukan kerana langkah mencegah jenayah belum cukup berkesan dan perbuatan membawa peralatan yang merbahaya tidak dianggap bersalah. Rang Undang-undang (Pindaan) 1961, memperuntukan seseorang boleh dipenjarakan tidak lebih daripada 2 tahun atau denda tidak lebih RM 2000.00 atau kedua-dua sekali jika memiliki senjata merbahaya ataupun menggunakannya di khalayak ramai. Senjata atau alat-alat merbahaya sebagaimana yang diperuntukan dalam Undang-undang (Pindaan) 1961 ini ialah:

  1. Sebarang pisau (flick knife) yang boleh dibuka dengan serta merta dengan menekankan jari di suatu tempat di pisau itu.
  2. Sebarang tali labuh yang dibuat dari rantai basikal atau motosikal atau sebarang rantai.
  3. Sebarang alat penumbuk seperti besi atau kayu penumbuk yang biasa digunakan oleh samseng-samseng dalam pergaduhan.
  4. Sebarang pisau yang dilekatkan pada besi paip, kayu atau sebagainya yang boleh digunakan untuk menikam atau memotong.

Dengan kelulusan Rang Undang-undang (Pindaan) 1961, memperlihatkan usaha gigih Kerajaan membenteras jenayah dan juga membentuk satu Undang-undang yang benar-benar kukuh dalam membendung pelbagai kegiatan jenayah di negara ini.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

[SENBER : ARKIB NEGARA]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...