Saturday, April 23, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

23 APRIL

ASSALAMUALAIKUM RAKAN-RAKAN YANG DIMULIAKAN.
SAMBIL ANDA SEMUA BERIHAT, SUDI-SUDIKANLAH MENGINTAI RUANG HARI INI DALAM SEJARAH. BANYAK SEJARAH TANAH AIR YANG KITA TERLEPAS PANDANG ATAU SENGAJA KITA LUPA...JOM......

BENGKEL PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA DALAM BIDANG GEOSAINS DI BALAI SEMINAR, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Tarikh Peristiwa : 23-04-1983

Penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi merupakan bidang yang digalakan oleh pihak Kerajaan bertujuan mempercepatkan masyarakat di Malaysia mencapai kemajuan di tersebut. Tumpuan Kerajaan di bidang ini telah diserahkan kepada Dewan Bahasa Pustaka ( DBP) bagi melaksanakan ke arah tersebut. Pada 23.4.1983 satu Bengkel Penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang Geosains telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah DBP Datuk Hj. Hassan Ahmad. Bengkel tersebut diadakan di Balai Seminar DBP bertujuan membina dan mengembangkan peristilahan Geosains dalam Bahasa Melayu. Dalam ucapan perasmian bengkel tersebut, Datuk Hassan Ahmad beliau menjelaskan DBP memerlukan tenaga kerja yang ramai, yang sanggup berkorban masa dan fikiran serta tekun dan sabar dalam masa mencipta istilah-istilah baru. Perkara yang paling penting kesanggupan mengembangkan kebolehan bahasa dan kepakaran dalam berbagai ilmu yang ada pada diri masing-masing. Dalam soal istilah seorang yang terlibat di dalam pembinaan pengistilahan seharusnya bukan sahaja pakar dalam bidang masing-masing tetapi juga mempunyai kebolehan bahasa yang secukupnya. Usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak DBP ini, merupakan program yang akan dapat mempercepatkan proses-proses penyediaan istilah-istilah asing ke dalam Bahasa Malaysia terutama dalam bidang sains, sekaligus mempercepatkan penghasilan buku sains ke dalam Bahasa Malaysia.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...