PENGISYTIHARAN MELAKA SEBAGAI BANDARAYA BERSEJARAH Tarikh Peristiwa : 15-04-1989 |
Perkembangan sejarah negara ini tidak dapat dipisahkan daripada sejarah Melaka. Melaka dalam sejarah negara ini, memulakan episod Kesultanan Melaka yang telah mengharumkan nama Tanah Melayu ke merata dunia. Sebagai pusat perkembangan sejarah negara ini, pada hari ini 15.4.1989 Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah.Pengisytiharan telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Abdul Ghafar Baba. Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah ini berkaitan dengan sejarah Melaka yang lepas. Melaka merupakan tapak permulaan Kerajaan Melayu. Ianya juga merupakan Kota Pelabuhan antarabangsa yang terkenal di seluruh dunia. Diharap dengan pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah ini, akan dapat menarik lagi kedatangan pelancong ke negeri Melaka, yang mempunyai banyak tempat yang menarik dikunjungi terutama yang ada kaitan dengan sejarah negara pada Zaman Kesultanan Melaka. JOM KITA JALAN-JALAN CARI MAKAN DI MELAKA. SELAMAT MEMBACA. IKHGLAS DARI : IBM [SUMBER : ARKIB NEGARA] |