Friday, April 8, 2011

Telor Ayam Pun Dah Kena 'KLON'


ASSALAMUALAIKUM SEMUA RAKAN-RAKAN YANG DIMULIAKAN.

Siapa le agaknya dalang disebalik penemuan telor ayam tiruan..?...memang wajar sekiranya mereka-mereka ini di buru oleh pihak yang berwajib. menyusahkan orang aje.

Dalang di sebalik telur tiruan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata langkah itu bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara.

NONE
"Pegawai kami masih di akar umbi bagi menyiasat perkara ini dan kami berharap dapat menahan dalang di sebalik kegiatan ini secepat mungkin kerana kita tidak mahu mengorbankan nyawa pengguna demi keuntungan mereka," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditemui selepas penyampaian cek bernilai RM10,000 sumbangan Wanita Gerakan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun.

Tan turut meminta pengguna membuat laporan segera jika mengetahui kegiatan itu wujud di tempat mereka.

"Sebagai pengguna mereka patut tampil melaporkan kepada kementerian dan pada masa yang sama memboikot perniagaan seperti ini kerana ia tidak beretika," katanya.

Semalam, pegawai penguatkuasa kementerian itu merampas 270 biji telur tiruan daripada beberapa gerai di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang susulan dakwaan telur tiruan dijual di situ.


KEPADA PIHAK BERKUASA, CARI JANGAN TAK CARI WALAUPUN KE DALAM LUBANG CACING. MEMANG MENYUSAHKAN ORANG RAMAI. DAPAT TANGKAP, KITA KLON KE DEPA PULAK. HEHEHEHEHE - IKHLAS DARI : IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...