Friday, April 22, 2011

IGP pengsan, dimasukan ke Hospital..

Tan Sri Ismail Omar

ASSALAMUALAIKUM RAKAN-RAKAN SEMUA.

Gempar Juga bila mendapat berita bahawa IGP masuk hospital....

KUALA LUMPUR, 22 AprilKetua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dimasukkan ke hospital pagi ini selepas pengsan ketika perhimpunan bulanan di ibu pejabat PDRM di Bukit Aman.

Beliau yang dilantik mengetuai PDRM September lalu dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Sehingga berita ini ditulis punca beliau pengsan belum diketahui.

Dalam pada itu, Bernama Online menyebut bahawa Ismail dimasukkan ke hospital selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri perhimpunan bulanan hari ini.

Ismail dibawa ke hospital itu sejurus majlis itu berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

“Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

“Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa,” katanya kepada pemberita di pekarangan pusat perubatan itu.

Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemu ramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat.


BIARKAN TAN SRI BEREHAT. JANGAN GANGGU DIA. SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR BELIAU CEPAT SEMBUH. AMIN..!.....IKHLAS DARI : IBM

6 comments:

  1. Hahhhh
    Disebabkan Sembahyang hajat Pakatan Haramjadah >>>>???????

    ReplyDelete
  2. blogenstarz : Salam. Semua itu adalah ketentuan dari Allah swt, tiada kena mengena dgn sembahyang hajat Pakatan Haramjadah. Sebenarnya mereka yg akan di laknat oleh Allah dik kerana menfitnah org....

    ReplyDelete
  3. effendy : Salam, salam perjuangan. Insyallah, sama2 kita berdoa....

    ReplyDelete
  4. kita doakan semoga beliau sihat & kembali bertugas dgn cergas...Insyaallah.

    ReplyDelete
  5. anti bohmau : Ya, sama-samalah kita berdoa...insyallah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...