Tuesday, April 12, 2011

Awas !! Perangkap Pembangkang Menanti Taib Mahumud..

Taib mengetepikan desakan pembangkang agar beliau umumkan tarikh melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak


ASSALAMUALAIKUM PARA PEMBACA YANG BUDIMAN

Pembangkang terlalu terdesak untuk memenangi PRN Sarawak. Mereka seolah-olah macam orang gila talak. Desak sana, desak sini, hasut sana hasut sini. Memang Pembagkang dah kehabis modal. Terkini, mendesak Ketua Menteri Sarawak untuk mengumumkan bila nak undur diri dari jawatan Ketua Menteri Sarawak..?...hari mengundi pun belum bermula, mereka dah mula mendesak. Syaitan punya pembangkang..!

KUCHING, 12 April Dalam kenyataan kedua tidak sampai 24 jam mengenai isu peralihan kuasa, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau sama sekali tidak akan “terperangkap” dengan desakan agar mengumumkan tarikh mahu melepaskan jawatannya itu.

Pembangkang menggesa Taib, Pengerusi BN Sarawak, mengumumkan tarikh mahu berhenti daripada menjadi Ketua Menteri sebelum hari pengundian Sabtu ini bagi membuktikan beliau benar-benar ikhlas dengan janjinya.

“Pembangkang tahu bawa ia (desakan) tidak boleh memerangkap saya,” kata Ketua Menteri Sarawak paling lama ini, yang memutuskan untuk mengetuai BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri kali ke-10.

“Kita tidak sebegitu jahil untuk mengumumkan (pelan) peralihan dan kemudian menetapkan tarikh (melepaskan jawatan),” kata beliau kepada pemberita di Pullman Hotel di sini pagi ini.

Sebagaimana dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam kelmarin bahawa pelan peralihan kuasa tidak harus dilakukan tergesa-gesa, Taib berkata ia harus dilaksanakan dengan tersusun.

“Tidak, anda perlu melakukan dengan cara yang betul,” kata Taib.

Taib juga berkata beliau tidak akan tunduk kepada tekanan daripada pembangkang yang terus-menerus berpegang pada topik peralihan kuasa dan menegaskan parti mereka sendiri juga berada dalam huru-hara.

Pada satu majlis di sini malam tadi, Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PPB) membayangkan beliau hanya akan bersara dalam “beberapa tahun lagi”.

Apabila masa itu tiba nanti, kata Taib, beliau mahu generasi muda Sarawak meneruskan sokongan kepada pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negeri daripadanya.

Taib yang menerajui kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu merupakan Ketua Menteri paling lama memegang tampuk kepimpinan Sarawak.

Kata Taib, sokongan mereka penting bagi memastikan segala usaha pembangunan dan kemakmuran untuk Sarawak dapat dilaksanakan.

“Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali,” kata beliau ketika berucap pada konsert 1 Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka di sini malam ini.

Kenyataan Taib semalam adalah bayangan pertama mengenai peralihan kuasa sejak isu itu timbul dalam pilihan raya negeri 2011.

Selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 21 Mac lalu, Taib berkata, beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.

Kelmarin, dilihat seolah-olah sudah mengesan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Taib, Najib dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Bagaimanapun kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya jaminan Najib itu akan menjadi kenyataan memandangkan Taib pernah membuat janji untuk berundur tetapi tidak ditunaikan.

Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan “perubahan secara tiba-tiba” akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu.

Kepimpinan Taib genap 30 tahun pada 26 Mac lalu.

KEPADA RAKYAT SARAWAK, KATAKAN TAK NAK KEPADA PEMBANGKANG. IKHLAS DARI : IBM

1 comment:

  1. JKKKP SUNGAI KECHIL : W'ALAIKUMUSALLAM. BOLEH SAJA. AKAN SAYA LAKSANAKAN. SELAMAT BERJUANG..!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...