Wednesday, April 27, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

27 APRIL

LOGO TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

Kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.
MOGA CERIA DI HARI INI DISAMPING MENJALANKAN TUGASAN HARIAN YANG TELAH DIAMANAHKAN KEPADA KITA, DAN BERSYUKUR KERANA KITA MASIH BERNAFAS DI ATAS DUNIA YANG SERBA CANGGIH INI, KERANA ALLAH MASIH SAYANGKAN KITA. JESTERU DENGAN ITU, JANGAN LUPA AKAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG MENARIK DI DALAM SEGMEN 'HARI INI DALAM SEJARAH.' MOH BACA........

TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA DITUBUHKAN
Tarikh Peristiwa : 27-04-1934

Pada hari ini dalam tahun 1934, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah ditubuhkan dengan rasminya apabila orang-orang Melayu tempatan diambil untuk menganggotai tentera laut simpanan yang diasaskan oleh kerajaan British. Keadaan keselamatan di Tanah Melayu dan Negeri-Negeri Selat telah memaksa kerajaan British menubuhkan Pasukan Tentera Laut yang pada ketika itu dinamakan The Straits Settlements Royal Navy Volunteer Reserves (SSRNVR) dan ditempatkan di ibu pejabat Singapore Volunteer Corps. Pada tahun 1939 unit ini ditukar kepada The Malayan Royal Navy Volunteer Reserves (MRNVR). Pada 24 Disember 1948 Ordinan Pasukan Tentera Laut Malaya 1948 diluluskan oleh Majlis Perundangan Singapura, diikuti dengan Warta Peraturan Pasukan Tentera Laut Malaya 1949 pada 4 Mac 1949. Pasukan Tentera Laut Malaya atau Malayan Naval Force (MNF) yang diperintah oleh Captain H.E.H Nicholls telah mendapat kapal latihan, HMS TEST daripada kerajaan British. Pasukan Malayan Naval Force telah dianugerahkan taraf diraja oleh Queen Elizabeth II pada tahun 1952 dan perubahan nama kepada Royal Malayan Navy selesai pada 29 Ogos 1952 dengan tersiarnya Singapore Government Gazette (Change of Name) dan bendera putih melambangkan Tentera Laut Diraja Malaysia telah dikibarkan buat pertama kali menggantikan bendera biru Tentera Laut Diraja British. Pada 12 Mac 1966 pula DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Panji-Panji Diraja.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...