HAMPIR seminggu Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke 10 selesai, Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan selepas memperolehi dua pertiga dari jumlah 71 kerusi yang diperuntukkan DUN Sarawak dengan BN memperolehi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1).
Seperti dijangkakan, DAP berjaya meningkatkan jumlah kerusi diperolehi berbanding pilihan raya negeri 2006 apabila berjaya menambah 3 lagi kerusi dari yang diperolehi sebelum ini sebanyak 9 kerusi.
Peningkatan jumlah kerusi diperolehi oleh DAP berikutan sokongan pengundi Cina terutama di kawasan bandar yang sememangnya memberi sokongan dan undi mereka pada parti itu, senario itu berlaku bukan sahaja di Sarawak malah di seluruh negara setiap kali pilihan raya diadakan.
Perkara itu sudah lama berlaku, pelbagai usaha sudah dilakukan oleh parti komponen kaum Cina BN untuk mengembalikan sokongan kaum berkenaan kepada BN, walaupun ada yang mengatakan bahawa sokongan itu sudah kembali namun realitinya perkara itu masih jauh dan banyak perkara yang perlu diperhalusi.
DAP sudah memulakan gerak kerja untuk menghadapi pilihan raya itu sejak mereka berjaya menawan Sibu dalam pilihan raya kecil pada 2010, DAP sudah mengerakkan jenteranya di bandar-bandar utama di Sarawak yang majoritinya kaum Cina dengan strategi mendapatkan undi simpati bagi manafikan majoriti dua pertiga BN.
Walaupun mereka tidak berjaya menafikan majoriti dua pertiga , namun kejayaan menambahkan suara mereka dalam DUN Sarawak untuk lima tahun akan datang adalah suatu pencapaian yang perlu dilihat oleh BN.
Berbeza dengan PKR, yang bercita-cita besar untuk menawan negeri berkenaan dengan menempatkan jumlah calon di 49 kawasan tetapi hanya mampu menawan tiga kerusi sahaja apabila pilihan raya berakhir.
PKR cuba menunjukkan mereka jaguh dalam politik di Sarawak dengan menggunakan taktik lama pada pilihan raya umum 2008 bagi mendapatkan simpati daripada rakyat Sarawak dengan slogan `Jom Ubah’ .
Mereka cuba menabur pelbagai janji melalui manifestonya, walaupun manisfesto itu kononnya hasil pemuafakatan pakatan pembangkang namun ia diketahui umum bahawa manifesto yang dicanaikan oleh pemimpin PKR pada pilihan raya 2008 dan kemudian diadaptasikan untuk pilihan raya di Sarawak.
Pemimpim mereka cuba mengula-gulakan rakyat Sarawak dengan pelbagai janji manis, sedangkan mereka masih tidak mampu melunaskan semua itu di negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang di semenanjung.
Cara berkempen yang memburuk-burukkan pemimpin BN itu adalah amalan biasa pembangkang yang di ketuai PKR, mereka sebenarnya terpaksa melakukan itu untuk menutup kelemahan dan kegagalan mereka sebagai pentadbir di negeri yang dikuasai.
Cara berkempen yang memburuk-burukkan pemimpin BN itu adalah amalan biasa pembangkang yang di ketuai PKR, mereka sebenarnya terpaksa melakukan itu untuk menutup kelemahan dan kegagalan mereka sebagai pentadbir di negeri yang dikuasai.
Apa yang menarik, PKR masih tidak menerima realiti kekalahan teruk mereka di Sarawak, sebaliknya tetap menyalahkan BN yang dikatakan menyalah gunakan jentera kerajaan untuk berkempen, malah menuduh amalan rasuah dengan pemberian projek pembangunan untuk rakyat oleh pemimpin-pemimpin BN.
Apa yang diperkatakan oleh PKR itu diiabaratkan seperti `meludah ke langit, akhirnya jatuh menimpa muka sendiri’, apakah mereka tidak sedar apa yang dilakukan ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, kerajaan Selangor yang diketuai PKR turut melakukan perkara sama termasuk memberi bantuan ketika pilihan raya sedangkan mereka tidak pernah melakukan sebegitu sejak mengambil alih pentadbiran negeri itu.
PKR perlu menerima realiti, bahawa parti berkenaan kini sudah kehilangan taringnya, rakyat sudah mengetahui permainan mereka, permasalahan dalaman serta intergriti pemimpin mereka membuntikan PKR tidak layak untuk menjadi pemimpin negara ini.
Apa yang dapat disaksikan, PKR hanya pandai berkokok tetapi mereka sebenarnya tidak mampu menjadi pemimpin, modal mereka hanyalah Anwar Ibrahim seorang insan yang penuh dengan permasalahan peribadi dan moral tetapi bercita-cita tinggi untuk menawan Putrajaya bagi merealisasikan mimpinya menjadi Perdana Menteri. -MediaUMNO