Sunday, April 17, 2011

SUPP perlu teliti kaji punca kalah teruk

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.
PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK TELAH PUN SELESAI. ALHAMDULILLAH KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA BN. TAPI ADA DIANTARA KOMPONEN BN YANG TEWAS TERUK, SUPP ANTARANYA. KENAPA.? DAN DI MANA SILAPNYA..?

KUCHING. April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mahu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menjadikan keputusan pilihan raya Sarawak ke-10 sebagai iktibar oleh kepimpinan parti berkenaan.

Beliau berkata, parti itu perlu meneliti dari pelbagai faktor punca kekalahan teruk calon mereka di 13 daripada 19 kerusi yang ditanding


“Seperti biasa setiap parti yang bertanding di bawah Barisan Nasional (BN) akan membuat kajian mereka.

“Pastinya SUPP yang menghadapi banyak kekalahan akan meneliti sebab musabab dari sudut yang pelbagai sama ada (faktor) dalaman parti, kepimpinan, peranan wakil-wakil mereka ataupun masalah sikap pengundi bandar,” katanya pada sidang media di kediaman Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya di sini Sabtu malam.

Pada pilihan raya Sarawak kali ini, SUPP menghadapi tamparan hebat apabila Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Tan tewas kepada calon DAP, Ling Sie Kiong di DUN Piasau, Miri dengan majoriti 1,590 undi.

Ling memperoleh 5,998 undi manakala Dr Chan pula meraih 4,408 undi.

Keputusan ini adalah kejutan terbesar dalam pilihan raya negeri ke-10.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata keputusan berkenaan bukan penghujung kepada masa depan SUPP.

“Saya percaya ini bukan penghujung kepada SUPP, ini sebagai satu iktibar yang pastinya akan diambil kira oleh pimpinan parti itu dan Tan Sri Abdul Taib sendiri mengenai apakah yang perlu dibuat untuk memperkukuhkan parti ini,” katanya.

APAPUN INI BUKAN BERERTI BERAKHIRNYA PERJUANGAN SUPP. KAJI SEMULA DIMANA SILAPNYA, KENAPA DAN MENGAPA PENGUNDI-PENGUNDI MELARIKAN DIRI DAN BERALIH KEPADA DAP..? KEPADA SEMUA KOMPONEN BN YANG LAIN, BERILAH SEMANGAT BARU KEPADA SUPP KERANA PARTI IN I TELAH LAMA BERSAMA BN. SETIAP KESILAPAN BOLEH DI PERBAIKI. HIDUP BN..!! IKHLAS DARI : IBM


2 comments:

  1. Di Serawak , orang Cina dah tak mahu bersama dengan SUPP dan si Semenanjung pula orang dah tak mahu MAC dan Gerakan.

    Dicadangkan bubar sahaja parti berkenaan dan buat re-branding semula.

    Cantumkan MCA dan Gerakan dan SUPP digabungkan dengan parti lain di Serawak.

    Kami sayang BN

    ReplyDelete
  2. amnitag : Salam, salam perjuangan. Memang ada kebenarannya apa yang Tuan katakan. Saya setuju. Tapi masih ada 'Room for improvement' dan SUPP mestilah belajar dan mengambil aktibar dari kekalahan tersebut. Buat kajian, dimana silapnya dan parti2 yg lain di dlm komponen BN mestilah turut membantu SUPP supaya terus mendekati masyarakat cina di Sarawak.

    Memang kta semua sayangkan BN.....:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...