Monday, April 4, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

04 APRIL


Assalamualaikum para pembaca yang di muliakan, dan di rahmati oleh Allah s.w.t.

Mengingati Sejarah silam..?...jangan malu, singgah dan baca.....

PENGIKTIRAFAN PILIHANRAYA UMUM SABAH YANG PERTAMA
Tarikh Perstiwa : 04 -04-1967


Pada hari ini 4.4.1967, seramai 15 orang pemerhati rasmi dari 5 buah negara Asia telah tiba di Jesselton untuk meninjau dan menyaksikan perjalanan pilihanraya umum Sabah. Pilihanraya yang pertama ini akan berlangsung pada 8-25 April 1967. Pemerhati-pemerhati dari negara-negara Indonesia, India, Ceylon, Jepun dan Thailand berada di sini selama sepuluh hari untuk menyaksikan seramai 192,440 pengundi daripada 32 kawasan pilihanraya. Seramai 53 orang calon dari empat buah parti politik dan seramai 26 orang calon bebas akan betanding dalam pilihanraya ini. Para Pemerhati Khas ini telah menemui pemimpin-pemimpin dari parti-parti politik yang terbesar yang bertanding dalam pilihanraya itu iaitu USNO dan UPKO. Mereka juga diberi peluang meninjau pendapat para pengundi pada hari-hari mengundi. Dalam lawatan ke 60 buah pusat pengundian para pemerhati khas ini telah menyaksikan sendiri kerja-kerja memateri dan membahagikan peti-peti undi serta pengiraan kertas-kertas undi. Di akhir tinjauan itu mereka menyatakan rasa puas hati bahawa pilihanraya itu telah dijalankan dengan cara yang demokratik dan rakyat Sabah telah menegaskan pendirian mereka untuk kekal dalam Malaysia. Kenyataan mereka itu adalah sangat penting sebagai suatu pengiktirafan antarabangsa terhadap pemilihan yang dijalankan di Sabah.

SELAMAT MEMBACA SEMUA SEMOGA MINDA ANDA BERFUNGSI DAN MENGIMBAUKAN CERITA LAME.....Ikhlas Dari : IBM

[ SUMBER : ARKIB NEGARA]


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...