Saturday, April 9, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

09 APRIL

Barisan KABINET Pertama Malaysia

ASSALAMUALAIKUM SEMUA RAKAN-RAKAN

SEJARAH PENUBUHAN KABINET PERTAMA MALAYSIA BERMULA PADA HARI INI........

SISTEM AHLI KABINET DIMULAKAN DI MALAYA
Tarikh Peristiwa : 09-04-1951

Pada hari ini 9.4.1951, satu bentuk sistem pentadbiran berupa percubaan ke arah berkerajaan sendiri dimulakan di Persekutuan Tanah Melayu. Sistem ini dikenali sebagai Sistem Ahli. Buat pertama kalinya 9 orang ahli telah dilantik dan diberikan potfolio sebagaimana menteri telah diperkenalkan. Sistem ini adalah untuk membolehkan pengwujudan satu sistem kerajaan berkabinet di Malaya. Sembilan orang ahli tersebut dengan potfolio masing-masing adalah seperti berikut:-

  1. Datuk Onn Jaafar - Sebagai Ahli Bagi Hal Ehwal Dalam Negeri
  2. Dr. Lee Tiang Keng - Sebagai Ahli Bagi Kesihatan
  3. Datuk E. E. C. Thuraisingam - Sebagai Ahli Bagi Pelajaran
  4. Tuan J. D. Mead - Sebagai Ahli Bagi Kerjaraya dan Perumahan
  5. Datuk Mahmud bin Mat - Sebagai Ahli Bagi Tanah dan Galian serta Pengangkutan
  6. Tengku Yaakub ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid - Sebagai Ahli Bagi Pertanian dan Perhutanan
  7. Tuan O.A. Spencer - Ahli Bagi Hal Ehwal Ekonomi
  8. Tuan E.B. David - Ahli Bagi Perdagangan dan Perhubungan Sosial
  9. Tuan J.O. Sanders - Ahli Bagi Keretapi dan Pelabuhan

Sistem Ahli yang diperkenalkan pada hari ini adalah meliputi aspek-aspek perundingan dan pentadbiran. Aspek perundangan ialah kerana melibatkan penubuhan dan pengwujudan badan-badan yang mengendalikan tugas-tugas tertentu. Manakala aspek pentadbiran pula melibatkan pembahagian tugas-tugas dan tanggungjawab dalam kerajaan. Sistem Ahli adalah satu percubaan kerajaan ke arah berkerajaan sendiri di negara kita.


SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA}

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...