Wednesday, April 13, 2011

BN akan dapat kemenangan lebih dua pertiga


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

INSYALLAH BN AKAN MEMPEROLEHI LEBIH 2/3 DIDALAM PRN SARAWAK PADA SABTU INI. KEYAKINAN INI BERDASARKAN KECEMERLANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN BN SARAWAK MEMIMPIN NEGERI SARAWAK HINGGA SEKARANG.

KUCHING, April - Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata Barisan Nasional (BN) akan mendapat kemenangan lebih dua pertiga pada pilihan raya negeri Sabtu ini kerana kawasan-kawasan Bumiputera tetap bersama kerajaan.

Beliau juga nampak perubahan dalam sokongan daripada pengundi Cina kerana keadaan di beberapa kawasan yang kononnya hitam telah ‘berubah sikit’.

“Selepas beberapa hari ini, apa yang saya nampak ialah, Insya-Allah, BN akan dapat memenangi lebih daripada dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Ini berasaskan tinjauan saya… nampaknya kawasan Bumiputera masih taat kepada BN kerana mereka memikirkan tiada orang lain yang boleh menjaminkan masa hadapan mereka melainkan BN,” kata Taib dalam satu temuramah di sini hari ini.

Mengenai sokongan masyarakat Cina yang dikatakan lebih memihak kepada pembangkang, Taib berkata dalam tempoh sebulan lalu, ada golongan Cina yang merasakan masalah dan rungutan mereka mula mendapat perhatian kerajaan BN.

Masyarakat Cina, katanya, berkehendakkan wakil yang dapat berunding dengan kaum lain dalam kerajaan supaya dapat mencapai penyelesaian seimbang yangterbaik untuk semua.

“Saya telah pun memberi ingatan kepada mereka bahawa membawa masalah masyarakat sekali sekala tidak cukup bagi benar-benar memelihara kepentingan masyarakat Cina,” kata Taib.

Ketua Menteri berkata walaupun terdapat sedikit perubahan dalam sokongan pengundi Cina, namun ada kawasan yang masih hitam.

Kata Taib, beliau merasakan mood yang lebih serius dalam kalangan pengundi Cina, yang berusia 35 tahun ke atas, bahawa masyarakat itu tidak boleh berada di luar kerajaan kerana ini akan menafikan mereka peluang untuk berdialog dan mencapai kemajuan seperti sebelum ini.

Beliau berkata masyarakat Cina yang tahu selok belok dalam ekonomi, perniagaan dan perkara berhubung kait kemakmuran negeri ini turut memikirkan persoalan yang serupa.

Taib turut menyentuh tentang taktik agresif yang diimport ke Sarawak oleh pembangkang terutamanya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertujuan mempengaruhi golongan muda dengan sikap kemarahan dan kebencian mereka.

Ini telah mengaburi sifat ‘budiman’ yang lazimnya tertanam dalam kalangan sanubari generasi pengundi lebih berusia dan beliau berharap kumpulan ini akan menegaskan pendirian mereka sebelum hari pengundian untuk membuktikan bahawa mereka mahukan kesinambungan kepada kemakmuran di Sarawak.

“Saya berpendapat jika mereka berdiri teguh, kami akan memenangi lebih banyak kerusi daripada masyarakat Cina. Saya tak fikir kami akan kalah semua kerusi Cina, ia tidaklah seburuk itu,” kata Taib.

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen berasaskan kaum Cina dalam BN negeri, sekali lagi berdepan tentangan sengit daripada DAP dalam kawasan majoriti pengundi Cina.

Pada pilihan raya negeri 2006, SUPP kalah enam kerusi Cina kepada DAP. BN menguasai 63 daripada 71 kerusi sebelum DUN Sarawak dibubarkan.

TERGAGAP PEMBANGKANG APABILA MENDENGAR STATEMENT DARI KETUA MENTERI SARAWAK. PKR, DAP DAN PAS BOLEH GULUNG TIKAR DAN BALIK KAMPUNG. RAKYAT SARAWAK TIDAK MEMERLUKAN KHIDMAT PEMBANGKANG YANG HANYA PANDAI BERJANJI. IKHLAS DARI : IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...