Friday, July 1, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAH UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

1 JULAI

HARI INI DALAM SEJARAH :

UNDANG-UNDANG KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA DIKUATKUASAKAN

TARIKH PERISTIWA : 01.07.1952

Pada hari ini 1.7.1952, Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah dikuatkuasakan di negara ini. Undang-undang ini mula dirancang oleh Jabatan Buruh Persekutuan dalam tahun 1949 dan telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam bulan April, 1951. Sebuah Lembaga telah dibentuk melalui undang-undang kumpulan Wang Simpanan pekerja 1951 itu dan menjadi pemegang amanah Kumpulan Wang dengan tujuan membekalkan faedah kumpulan wang simpanan kepada orang-orang bekerja. Di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan ini pihak majikan dikehendaki membayar caruman bulanan bagi pekerja mereka kepada kumpulan wang. Caruman yang terdiri dari sebahagian kecil gaji seseorang pekerja adalah dikumpul, dilabur. Faedah daripada caruman yang terkumpul itu, dibayar kepada pekerja-pekerja yang berhak. Semua caruman yang kena dibayar di bawah undang-undang ini adalah dibayar kepada kumpulan wang termasuklah belanja pentadbirannya. Dengan itu Lembaga adalah sebuah badan berkanun yang berotonomi dari segi kewangan. Ketua kerja ialah Pengurus Besar yang dilantik oleh Menteri.

Semasa ditubuhkan dalam tahun 1951, Lembaga mengandungi 18 orang ahli iaitu:

  1. 6 orang pegawai kerajaan termasuklah Ketua Pos Negara,
  2. 6 orang mewakili para majikan.
  3. 6 orang wakil pekerja.

Kesemuanya dilantik oleh Pesuruhjaya tinggi Majlis Pemerintah pada masa itu. Pengerusi Lembaga pula dilantik dari kalangan ahli-ahli Lembaga, Pengerusi pertama KWSP ialah Setiausaha Kewangan Perbendaharaan. Undang-undang kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 yang dikuatkuasakan ini telah beberapa kali di pinda untuk mensesuaikannya dengan kepentingan semasa terutama melibatkan soal-soal perlantikan ahli-ahli Lembaga, tugas ahli lembaga, dan kuasa-kuasa yang diluaskan ke Sabah dan Sarawak. Semasa undang-undang ini dikuatkuasakan, bilangan pekerja-pekerja yang didaftarkan ialah 344,308 yang mana meningkat kepada 518,948 pada akhir tahun tersebut. Menjelang bulan September 1955, bilangan ahli telah meningkat kepada 769,392 dan dalam tahun 1960 bilangan ahli kira-kira melebihi satu juta kumpulan ini terus berkembang sehingga hari ini.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA : IKHLAS DARI : IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...