Saturday, July 2, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

02 JULAI

HARI DALAM SEJARAH :

PEMBUKAAN JAMBATAN SULTAN ABU BAKAR KUANTAN

TARIKH PERISTIWA : 02.07.1963

Pada hari ini 02.07.963, Jambatan Sultan Abu Bakar telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Shah Al-Marhum Sultan Abdullah. Jambatan yang berharga 1.7 juta ringgit ini adalah hasil dari pinjaman wang Amerika Syarikat. Turut hadir di majlis perasmian ini ialah Menteri Pengangkutan Persekutuan Dato' Sardon bin Haji Jubir. Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam titah ucapannya menganggap bahawa jambatan tersebut adalah projek yang kedua besarnya di negeri Pahang yang telah dirasmikan dalam minggu ini. Dengan pembinaan ini maka berakhirlah penggunaan feri yang selama ini digunakan untuk menghubungi bandar Kuantan.

Menteri Pengangkutan Persekutuan

KELEBIHAN MEMBACA. JADIKAN MEMBACA AMALAN HIDUP KITA.
IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER :ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...