Friday, July 1, 2011

Ezam Mohd Nor di tahan Polis

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM E.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

< 300 Bantah KM P.Pinang Kerana Sokong BERSIH >

Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

NONE
Dalam kekecohan itu enam orang ditahan polis yang turut mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan.

Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat.

Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan perhimpunan haram oleh pihak polis.

Dalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menunju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan.

Mereka juga bertindak ganas dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV.

NONE
Selepas menahan enam orang dan membunyikan siren, penunjuk perasaan beredar ke Jalan Penang, di mana beberapa beberapa pemimpin Umno termasuk Ezam Mohd Nor membuat ucapan membidas Lim dan kerajaan negeri.

Pada jam 3.30 petang, sekumpulan lagi berarak dari Jalan Penang ke kawasan Komtar membawa dua ekor itik dan menjeritkan nama exco Pulau Pinang dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim. Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik.

Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka.

Polis dikerah untuk menenangkan keadaan.

Kita tunggu pula di Selangor. Bila rakyat Selangor bangkit dan membantah apabila Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim @Khalid gagap, secara terang mengatakan sokongan beliau kepada perhimpunan haram BERSIH ?..malah beliau mengatakan telah membelanjakan wang (duit rakyat) bagi menampung kos perhimpunan tersebut. - IBM

4 comments:

  1. dulu dia ni org kuat PKR...hari ini dia bermatian2 menyerang PKR....lu fikir la sendiri...!Tentu ada benda besar yg tak kena dgn PKR..jom kita keluar dari PKR ramai2...!Biar tinggal tokeh Cina doll sorang2..

    ReplyDelete
  2. Salam. Bukan seorang..tapi satu keluarga...Aryos al-juburi..!

    ReplyDelete
  3. ada bukti ke cermin kereta di pecahkan?

    ReplyDelete
  4. bekas abu : x pastilah....kita tgk surat khabar esok...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...