Friday, July 1, 2011

Mat Sabu kata jom pergi demo, kena tangkap tanggung sendiri

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Apalah punya Bos. Suruh anak-anak buah pergi berdemo, tapi tidak akan bela bila kena tangkap. Inilah sebenarnya 'warna-warna' perjuangan PAS.

Ini dinyatakan dengan jelas oleh Mat Sabu@Mat Sabun. Dia kata, bukan saya kata. PAS sudah membuat keputusan untuk tidak memberi bantuan guaman atau sebagainya kepada mereka yang ditahan pihak berkuasa.

Bila dah kena macam ini, siapa yang susah ?

PAS merelakan para penyokongnya di tahan mengikut Akta ISA. Tiada pembelaan kepada mereka. Nasib le korang.

Berani tak bertempat

Dan, adakah ini yang PAS mahu tengok.? Merelakan para penyokongnya di tahan Polis sedangkan arahan adalah daripada pemimpin atasan PAS ?. Memang bahlol dan tolol le penyokong-penyokong PAS ni. Ibarat menghulurkan tengkok untuk di pancung.

Sementara itu, Mat Sabu ada memberi jamin 100 peratus kepada pihak berkuasa bahawa ahli parti itu tidak akan terlibat dengan gejala yang boleh mencetuskan kekacauan. Betul ke Mat Sabun ? Silap hari bulan dia pun tak nampak, hilang entah kemana.

Teringat IBM akan kata-kata seorang bekas ahli PAS : "Pemimpin-pemimpin PAS nampak je warak, berserban, berjubah, berjanggut, ala ulamak, tapi hati dan jiwa mereka kosong, penuh dgn perasaan dendam terhadap sesama bangsa. Saya tinggalkan Pas kerana perjuangannya sudah lari dari landasan yg sebenar."- bekas ahli Pas Cawangan Kelana Jaya.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...