TAK ada kerja cari kerja. Banyak lagi kerja lain yang boleh menafaatkan diri sendiri. Tapi, budak seko ni memang mencari nahas. Atau dia ni diupah oleh sesetengah pihak yang sengaja untuk menghina Raja-Raja Melayu termasuk Yang Dipertuan Agong. Apapun, akibat perbuatan yang kurang ajar dan melampau ini, budak seko ini patut di ajar dan emak-bapaknya patut mentela'ah atau hantarkan anaknya untuk di kaunselingkan biar dia jadi anak yang berguna satu hari nanti. Walau bagaimana pun kes penghinaan ini diteruskan seperti di bawah ini :
CYBERJAYA - Seorang pengguna Twitter bernama Effi Nazrel Saharudin, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur atas dua tuduhan menghantar komen-komen jelik yang menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Pendakwaan tersebut dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara sedar dan komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif orang awam. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan. Pihak mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes tersebut bagi penyerahan dokumen di bawah Sesyen 51A Kanun Tatacara Jenayah pada 2 Julai 2014.
Tertuduh didakwa menghantar komen jelik berikut: “@IzranSalleh @norfaiz they have a point. Agong is just a puppet. Down with monarchy. A waste of rakyats money” dan “Soalan serius. Rakyat bayar elaun dan istana agong. Technically speaking he works for us. So why do we put him on a tandu?” di laman https://twitter.com/1Obefiend/status/340669427567697921 dan https://twitter.com/1Obefiend/status/340669878656700418 pada 1 Jun 2013 lalu. Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hashimah Hashim dan Noor Zalizan Lazarous di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan Tertuduh yang hadir pada prosiding tersebut diwakili oleh peguam bela, Syahredza Johan. Moga yang lain-lain di luar sana tu, berhati-hati pabila mengunakan #Twitter tu. Twitt le berdasarkan fakta dan realitiy. Wassalam ~ IBM. SUMBER - BERNAMA