MEDIA barat memang celaka, main kotor dan kurang ajar. Kerja depa tak lain tak bukan nak melaga-lagakan negara China dan Malaysia akan isu kehilangan Pesawat MH370. Tapi, itu semua di sangkal oleh Duta China ke Malaysia iaitu Huan Huikang (gambar bawah kiri) dan berkata kerajaannya tidak memendam kekecewaan ke atas tindakan Malaysia dalam menangani krisis MH370. Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau menyalahkan media Barat kerana membangkitkan sentimen waris penumpang warga China.
Memang tidak dapat dinafikan jelas sesetengah media Barat memainkan peranan yang mengaibkan. Mereka menerbitkan berita palsu, menjadi batu api, dan turut menyebar khabar angin. Ini boleh menganggu semangat anggota keluarga dan merosakkan hubungan baik antara China dan Malaysia. Kita menentang keras perkara ini. Duta berkenaan turut menyelar pengguna Internet dan selebirit China yang mengutuk Malaysia berhubung kehilangan pesawat tersebut.
Anggota keluarga dari China yang berang dengan tindakan Malaysia menuduh negara ini “membunuh” para penumpang berkenaan dan menyembunyikan maklumat mengenai pesawat tersebut. Kerajaan Malaysia berulang kali menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa bertindak dengan telus. Nasib baiklah Malaysia masih lagi boleh bertahan dan menerima kutukan dari keluarga mangsa dari China dengan hati yang tenang. IBM rasa setiap kesabaran itu ada hikmahnya. Teruskan berdoa agar dipermudahkan lagi pencarian kehilangan misteri pesawat MH370. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"