Wednesday, April 2, 2014

KESIAN PAK SAMAD KENA KENCING DENGAN EXCO SELANGOR....HUHUHU..PADAN MUKA!

RABU, 02 APRIL 2014
KONONNYA seorang exco Selangor didakwa tidak membayar harga dua buah lukisan yang dibeli daripada Sasterawan Negara,  Datuk A. Samad Said. Kesiannya. Kenapa boleh jadi lagu tu? Ingatkan semua exco dan wakil rakyat di Selangor ni bersih, jujur, tidak korapsi dan apa lagi ye? Tiba-tiba dengar pulak si tua hippies ni kena kencing oleh salah seorang exco Selangor. Mana mungkin.

Diberitakan dua buah lukisan tersebut dikatakan dibeli untuk dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut kata si Samad ni, beliau memberitahu kepada exco itu kalau mahu lukisan beliau perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki beliau. Dan, exco Selangor  tu kata, ok, beliau akan bayar. 

Sebelum itu, Exco itu bertanya pad Pak Samad, berapa harga lukisan itu? Maka Pak Samad kata harga sekeping lukisan beliau biarpun tidak cantik, harganya cuma RM8 ribu, Itulah yang IBM dapat tahu dari cakap  Pak melalui sumber dari seorang kawan karib IBM. Pak Samad di temui semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis pelancaran novel Sungai Mengalir Lesu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), semalam.

Pada awalnya, pendedahan mengenai perbuatan exco Selangor menganiaya Sasterawan Negara itu didedahkan oleh pemenang anugerah sastera,  Uthaya Sangkar SB ketika mengulas mengenai novel Sungai Mengalir Lesu. Kesian Pak Samad. Percayakan sangat pada Exco Selangor tu. Padan muka. Harap Pak Samad dapat belajar dari kesilapan tersebut, dan kembali kepangkuan jalan kerana menyokong dan berkongkol dengan Pakatan Rakyat adalah satu kesilapan besar yang Pak Samad telah lakukan. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah wahai Pak Samad. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...