Badan Perhubungan Umno Selangor menyifatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'lepas tangan' dalam isu penamatan perkhidmatan 105 pekerja Quality Hotel di Shah Alam. Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa beliau tidak mengetahui perkhidmatan pekerja hotel berkenaan ditamatkan adalah tidak berasas. "Hotel itu di bawah pengurusan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) dan KPS merupakan anak syarikat KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Berhad) ...Abdul Khalid pula merupakan Pengerusi kepada KDEB. Sebagai Menteri Besar serta orang yang memikul tanggungjawab, mustahil beliau tidak tahu, tolong jangan bersikap lepas tangan, katanya kepada pemberita di sini semalam. Sebelum ini, Abdul Khalid berkata pihaknya tidak mengetahui penamatan perkhidmatan pekerja terbabit.
![](http://1.bp.blogspot.com/-oic-XBvsias/Uz4YbkVfW8I/AAAAAAAAbHk/becj0p5p3oU/s1600/NOH-5.jpg)
![](http://4.bp.blogspot.com/-yda9JpbfOBM/Uz4Yd05_-mI/AAAAAAAAbHs/gcpcyR6n5JA/s1600/khalid-ibrahim-1.jpg)
Saya juga nak tahu mengapa kerajaan negeri menjual tanah itu kepada Tropicana di bawah harga pasaran, iaitu RM17 (bagi satu) kaki persegi, sedangkan Tropicana menjual tanah yang sama kepada sebuah lagi syarikat swasta dengan nilai RM35 (bagi satu) kaki persegi dalam tempoh kurang setahun, katanya. Beliau berkata laporan SPRM bertujuan meminta suruhanjaya itu menyiasat jika wujud unsur penyelewengan dan rasuah berhubung penjualan tanah berkenaan. Pada April tahun lepas, kerajaan negeri menerusi PNSB menjual 474.3 hektar (1,172 ekar) tanah paya kepada Tropicana dan Syarikat itu kemudian menjual satu perempat daripada jumlah tanah terbabit kepada Eco World Development Group Berhad pada nilai lebih tinggi.
P/S ~ Kalau hal seumpama ini yg melibatkan pentadbiran mereka (PR) cepat-cepat depa beri alasan dan menangkis segala tuduhan yang dilamparkan kepada mereka. Tapi, tuduhan ini berasas. Mana yang dikatakan kerajaan berkebajikan?...kenapa apabila nasib yang menimpa terhadap pekerja seperti isu pekerja Hotel dibuang kerja, Khalid sebagai orang no 1 di Selangor tidak mahu campur tangan? Kalau BN yang memerintah ketika ini, memang dah lama kena hentam. Memang dasar kerajaan PR kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Kesian rakyat ditipu. Silap korang jugak. Sapa suruh sokong PR pada PRU yang lalu. di PRU ke-14 nanti, nak sokong dorang lagi (PR) ke?.....Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"