ORANG yang paling kecewa apabila mendengar berita yang di bawah ini adalah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim@Khalid gagap. Dah le kalah di Cabang, di peringkat tertinggi PKR pun berkemungkinan dia 'out'. Kerusi Timbalan Presiden PKR yang di tandanginya semakin jauh dari gengamannya. Kesian si Khalid. Tapi, biasalah, politik. siapa tak kenal politik PKR. Hehehehe. Tak nak le cakap yang bukan-bukan. Nanti hilang pahala puasa ni nanti. Bacalah berita yang dibawah tu. Khalid dah tentu akan terus tergagap-gagap. Apa pulak komenya nanti? :
![](http://3.bp.blogspot.com/-4uadN5CDq4U/U7YV84zuxpI/AAAAAAAAiVo/yjbVTYzIKgM/s1600/pemilihan-keadilan-2014-300x120.jpg)
Dalam persaingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Bahagian Kuala Selangor minggu lalu, Khalid tewas kepada pesaingnya yang juga bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dengan majoriti 186 undi. Khalid hanya memperoleh 515 undi, berbanding Manikavasagam atau lebih dikenali dengan nama Mike berjaya mendapat 701 undi. Berikutan kekalahan tersebut, setiausaha politik Khalid, Azman Abidin mendesak JPP mengadakan pemilihan semula kerana mendakwa wujud elemen sabotaj ketika proses pengiraan undi bagi cabang berkenaan.
Malah, Azman berkata pihaknya kini sedang mengumpul bukti dan maklumat berhubung perkara tersebut bagi membolehkan pemilihan semula Cabang itu diadakan semula. Namun terdahulu, Johari menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa insiden 'blackout' yang berlaku semasa pengiraan berlangsung berpunca daripada kerosakan litar pintas di seluruh blok Tropicana dan bukan hanya berlaku di pejabat PKR (tempat pengiraan undi dijalankan). Kesimpulannya, PKR semakin berserabut. Retak menunggu belah. Wasallam ~ IBM