Thursday, July 3, 2014

AMBOI! SERONOKNYA DEPA DAPAT BANTUAN AIDILFITRI DARI KERAJAAN. KERAJAAN BN MEMANG PRIHATIN!

KHAMIS, 03 JULAI 2014
BERUNTUNG betui korang penjawat awam dapat bantuan khas kewangan sempenan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Apa lagi yang korang nak dari Kerajaan? Semuanya ada. Tapi, masih ada lagi penjawat awam yang tidak puas hati dengan kerajaan dan menyokong pembangkang dan menjual rahsia kerajaan pada pembangkang. Cukup...cukup le tu. Hentikan perbuatan bodoh tu. Sememangnya kerajaan BN prihatin terhadap rakyatnya dan memang tepat  dengan sloganya, "rakyat didahulukan, pencapian diutamankan". Tahniah dan Terima kasih PM! :

Kerajaan bersetuju memberi bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi gred 1 hingga gred 54. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan khas itu juga akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250. Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta. Kerajaan berharap dengan bayaran bantuan khas kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran, kata Perdana Menteri. Sudah semestinya kerana kos saraan hidup sudah meningkat. Bantuan ini memang tetap pada masanya. Nasihat IBM, jangan boros bila berbelanja. Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. Alhamdulillah dengan bantuan yang akan diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~H MA

      Salam. Alhamdulillah. Bersyukur pd pemberian dari kerajaan yg prihatin terhadap rakyat/penjawat awam dan bersyukur jugak kpd Allah swt kerana itu juga adalah pemberianya. Aminn!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...