Saturday, January 4, 2014

ANGGOTA RELA YANG MEMALUKAN!!

SABTU, 04 JANUARI 2014

"HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI"

Di Kucing, Sarawak berlakunya insiden yang memalukan. Ibarat "harapkan pagar, pagar makan padi", begitulah yang dapat disimpulkan terhadap dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas menjaga kediaman rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 24 Disember lalu. Mereka bersama seorang lagi suspek yang disyaki cuba memecah masuk kediaman itu telah ditahan polis awal pagi kelmarin.


Wan Junaidi berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada polis yang cekap dan menjalankan tugas dengan baik. Menurutnya lagi, beliau akan membuat perbincangan dengan Rela bagi melihat mekanisme tertentu bagi memastikan anggota-anggotanya telah ditapis. Ini kerana tidak mahu kejadian yang berlaku seperti ini berulang dan terjadi pada orang lain, katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian itu selepas menyerahkan Bantuan Kecemasan Ahli Parlimen P193 Santubong di sini hari ini.

Dengan berlakunya insiden seperti itu, maka, nama baik Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan tercemar. Kepercayaan orang ramai terhadap Rela akan menurun. Maka, sudah wajarlah jabatan tersebut mengambil satu tindakkan bagi membersihkan nama mereka dan pastikan pengambilan anggotanya baru nanti diteliti dan ditapis dengan sempurna. Betul, bukan semua anggotanya berperangai seperti itu, tapi, bak kata perpatah, disebabkan seekor kerbau semua lumpurnya terbalik. Oleh itu hati-hati. Sekian dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

3 comments:

  1. pembetulan admin, bukan "disebabkan seekor kerbau semua lumpurnya terbalik" tetapi "kerana seekor kerbau, habis semua terpalit lumpur". susahnya guna peribahasa ye. takpe, tak cuba tak tau betul salah. begitukan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam usin. Ye betul tu…sikap…hehehehe. Terima kasih di atas pembetulan tersebut. Maklumlah, saya pun manusia biasa…kan.kan...

      Delete
    2. Ops….*silap* bukan *sikap*…maaf ye..:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...