AL-KISAH menjual pasport Malaysia ni memang dah lama berlaku. Malah ianya agat sukar di bendung. Apabila tersiar berita di bawah ini, IBM beranggapan ianya satu langkah supaya ianya tidak berluas-luasa kerana ia merugikan negara dan sekali gus mencemar nama Malaysia di mata dunia. Tahniah di ucapkan kepada Jabatan Imigresen yang terus mecuba untuk memberkas sindiket yang cuba mengaut keuntungan dari orang ramai. Dalam hal seperti ini, kita tidak boleh salahkan kerajaan semata-mata yang kononnya lambat bertindak, lembik dan segalanya. Ada juga golongan yang sengaja menjual pasport masing-masing semata-mata ingin mencari wang. Maka, penjualan pasport ini harus di bendung. Kalau tidak ianya akan menjadi kanser kepada negara kita.
DUA lelaki rakyat tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket menjual pasport Malaysia kepada warganegara asing, pada Khamis. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat (gambar kanan) berkata, tangkapan itu dilakukan menerusi satu operasi khas dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Puchong, Selangor. Beliau berkata, kedua-dua individu terbabit masing-masing berusia 29 tahun ditahan antara pukul 10 malam dan 12 tengah malam. Sindiket mula dijejaki hasil daripada tangkapan empat lelaki warga Sri Lanka dan tiga wanita rakyat Malaysia pada 1 Januari lalu yang mahu berlepas ke Tehran melalui KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur). Sindiket dikesan mempunyai rangkaian antarabangsa yang menguruskan dokumen perjalanan untuk ke negara tertentu," katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, Jumaat. Aloyah berkata, seorang daripada individu yang ditahan ketika sedang cuba memberi rasuah bagi tujuan mendapatkan pasport Malaysia untuk kegunaan warga asing.
Katanya, Jabatan Imigresen turut merampas wang tunai berjumlah hampir RM70,000 yang dipercayai merupakan bayaran untuk mendapatkan pasport berkenaan. Tangkapan dibuat bersama SPRM maka kita serahkan kepada mereka untuk menjalankan siasatan,” katanya. Menurut Aloyah, ia merupakan salah satu langkah proaktif dalam menangani isu sindiket yang menggunakan maklumat warga tempatan untuk tujuan mendapatkan pasport Malaysia bagi warga asing berhijrah ke negara tertentu. Saya ingin menyeru kepada semua warga Malaysia supaya berhati-hati dengan dokumen pengenalan diri dan ada pihak yang cuba untuk menghubungi bagi mendapatkan maklumat peribadi. Pasport kita mengikut standard ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) dan diiktiraf serta diperakui oleh antarabangsa. Warga Malaysia masih lagi bebas (menggunakan pasport) tanpa diragui,” katanya. Oleh itu, hati-hati, jangan sampai pasport anda jatuh ke tangan orang lain. Ingat, jenayah ada di mana-mana. Wasallam ~ IBM