Saturday, January 25, 2014

SIAPA GANTI KHALID??

SABTU, 25 JANUARI 2014
MEREKA dah fikir sepuloh kali, malah berpuloh-puloh kali. Ini kalilah, kata mereka. Maka,  kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan perlu digantikan dengan individu lain. Perkara itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid (gambar bawah kanan) bahawa kedudukan Khalid Ibrahim sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini. Beliau akui memang dalam mesyuarat tersebut mereka ada membangkitkan kedudukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan mereka telah membuat keputusan supaya Khalid Ibrahim@Khalid gagap digantikan, katanya ketika ditemuramah oleh pemberita semalam.

Beliau mengulas desas-desus wujud desakan kuat daripada kepemimpinan PKR khususnya di negeri ini yang mahu Khalid digantikan daripada terus memegang jawatan Menteri Besar. Desakan itu dikatakan berkait rapat dengan rasa tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Khalid di negeri ini yang penuh dengan muslihat jahat sesama rakan parti. Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering mengkritik pentadbiran  Khalid melibatkan beberapa isu antaranya menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014.

Selain dari itu, Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, apa yang dinyatakan Abdullah Sani itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution semalam yang menafikan Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar. Menurut Saifuddin, isu tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 15 Januari lalu.

Dalam pada itu, Abdullah Sani yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan, keputusan menggantikan Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti. Keputusan itu dibuat atas sebab cara Khalid mentadbir negeri ini membabitkan isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan elaun Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri, ujar beliau. Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, keputusan sebulat suara itu belum dibawa ke pihak PKR Pusat untuk dibincangkan dan diputuskan bersama pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang lain dari DAP dan Pas.

Kalaulah betul dan mendapat keputusan sebulat suara untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai Meteri Besar, siapa yang akan mengantikan Khalid??.....Azmin??....hehehehe. Hancusss PKR Selangor!!!
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. Baru mentadbir satu negeri dah kelam kabut. Belum lagi satu Malaysia. Ni lah bila pegang satu negeri dah nak kontrol semua kewangan. Ada muslihat lah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IBM ~ NutCrakeer

      Biarkan. Biarkan mereka sesama sendiri bercakaran. Tak lama lagi lingkup le tu. Lagi lama pakatan haram ni pegang Selangor, selagi itu rakyat Selangor menderita dan merempat. Kalau ini rakyat Selangor tak sedar lagi, tak tahu le apa nk cakap....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...