Tuesday, July 22, 2014

ANWAR MEMANG MUKA TAK MALU. LANTIK BINI JADI MB SELANGOR.

SELASA, 22 JULAI 2014

KEMELUT DALAM PAKATAN BERTERUSAN..

SEPERTI yang kita duga dengan perasaan yang tak malu, Nuar Brahim mencalonkan  Presiden parti  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (bini beliau)  untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau berkata nama isterinya itu akan dikemukakan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum diajukan untuk perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sumber bertanya adakah Khalid bersetuju untuk  meletak jawatan? Jawab Nuar, perbincangan masih diteruskan. Nama yang dicadangkan dan diputuskan sebulat suara malam ini  ialah Wan Azizah Wan Ismail yang dipercayai (akan) memberikan kestabilan bagi PKR dan PR, kata Anwar selepas mempengerusikan mesyuarat tiga jam Majlis Pimpinan Pusat PKR di ibu pejabat parti. Azizah turut serta pada mesyuarat itu. Bagaimanapun Khalid tidak menyertainya  manakala Timbalan presiden parti Azmin Ali juga tidak hadir kerana mengerjakan umrah di Mekah.  Anwar berkata keputusan untuk hanya mencalonkan nama Azizah dicapai secara konsensus. PKR sebelum ini dikatakan berkemungkinan mencadangkan nama Azizah dan Azmin kepada istana Selangor. Anwar berkata perbincangan akan diadakan dengan Khalid mengenai jadual peralihan kuasa namun menegaskan beliau (Khalid) sudah tentu  juga akan diminta meneruskan peranan (untuk)  menasihati pentadbiran Selangor.

Anwar selaku Ketua Umum PKR berkata peralihan kuasa daripada Khalid kepada Azizah perlu untuk menyelesaikan isu-isu tambahan sungguhpun Khalid telah banyak berjasa kepada Selangor. Kita juga akui bahawa prestasi Selangor membanggakan dan kita hargai khidmat Tan Sri Khalid dan banyak rekodnya, kata beliau. Kita juga berpendapat harus ada langkah tambahan untuk menyelesaikan isu tambahan yang menimbulkan kegelisahan rakyat dan menarik keyakinan rakyat kepada PR untuk seterusnya, tegas Anwar. Beliau berkata peralihan kuasa itu akan membolehkan Pakatan Rakyat menyelesaikan isu-isu tertangguh seperti penstrukturan industri air dan pembinaan lebuhraya Kidex. Khalid sebelum ini dilihat membelakangkan pimpinan PKR apabila mengikat perjanjian dengan Putrajaya untuk menguruskan industri air di Selangor. PKR menyifatkan perjanjian itu berat sebelah dan terbuka kepada kemungkinan pengguna Selangor dibeban dengan kenaikan tarif air yang tinggi sungguhpun Khalid menafikannya. Wakil-wakil rakyat PKR dan DAP juga berang apabila Khalid dilihat bersetuju dengan cadangan Putrajaya untuk membina lebuhraya Kidex tanpa berunding dengan penduduk terbabit.

Kesimpulannya, memang sah lah Parti Kelentung Rakyat (PKR) ni parti anak-beranak. Isteri Presiden, Bapak Ketua umum, anak naib Presiden dan kini Isteri akan melangkah setapak akan menjadi Menteri Besar pulak. Wow! hebat parti anak-beranak ni. Tapi, adakah Duli Tuanku Selangor akan pekenankan calon yang dipilih oleh si Nuar ni iaitu bininya sendiri? Dan lagi satu, Wan Azizah tu anak Selangor ke? Bagaimana kalau Duli Tuanku tak setuju? Oh...alangkah malunya si Nuar Brahim ni. Apapun kita tunggu dan lihat apa kesudahannya. Kita tengok sapa yang kena, Nuar Brahim atau Khalid Brahim. Tungguuuuuu!. Wasallam ~ IBM

3 comments:

  1. Buat apa malu, sedangkan ejen2 UMNO nak menyusup masuk dlm Pakatan. Baik lantik ahli2 keluarga , Tak ada problem orang berpaling tadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~Mat Sabu,

      Salam. Soalnya bukan malu. Tapi....negeri dan rakyat Selangor jadi mangsa. Anak-beranak ni hanya tahu nk melingkupkan negeri Selangor, cari kekayaan, lepas tu belah. Yg berpaling tadah adalah kuncu2 dan balacinya...

      Delete
    2. Nak jadi PM tak kesampian, maka, bini jadi MB pun jadilah. Angan2 Mat jening le ko Nuar

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...