Sunday, July 20, 2014

KIKI AKAN DITUDUH DI MAHKAMAH ESOK (ISNIN)

AHAD, 20 JULAI 2014

AL-KISAH GADIS PEUGEOT #CD25..


ITULAH akibatnya bila kita terlalu mengikut perasaan. Bak kata perpatah Melayu, "bila dah terantuk baru tergadah". Sepatutnya kita sebagai pengguna jalanraya memandu dengan cara yang berhemah. Jangan terlalu tension bila di jalanraya. Kesesakan di jalan-raya sudah menjadi lumrah di bandar-bandar, malah di Kampung-kampung jalan raya pun agak sesak macam di bandar. Apapun, nasi sudah jadi bubur. Siti Fairrah Ashyikin atau Kiki harus menerima ini dengan tenang dan ambillah  itu semua sebagai iktibar yang harus kita pelajari. 
AMALKAN MEMANDU BERHEMAH DI JALAN RAYA
Dik kerana itu, Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, akan didakwa kerana bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas pada Isnin lepas akan dituduh di Mahkamah Isnin (esok). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan telah pun daripadanya pada Khamis. Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya, katanya di sini hari ini. 

Beliau berkata setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan). Wanita terbabit dilihat telah membuli seorang warga emas berumur 68 tahun selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya. Dia dilihat mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta yang perbuatannya itu dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube.

Kepada Kiki, terimalah ini sebagi satu cabaran dalam hidup dan jangan diulangi lagi perbuatan yang sia-sia dan bodoh itu. Kerana, "ikut hati mati, ikut rasa binasa". Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. Itulah kiki lain kali sedarlah diri sikit,awak tu Melayu,dah sah2lah kena ambil tindakan,lainlah kalau cina ke india..kan dah kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~tobeng

      Salam bro.
      Harap2 Kiki sedar akan kesilapanya. Manusia tidak lari dari membuat ksalahan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...