Tuesday, September 2, 2014

NASIB MALANG JURUGAMBAR DIPUKUL OLEH AHLI MANGSA NAHAS #MH17.

SELASA, 02 SEPTEMBER 2014
APALAH malang nasib seorang petugas media yang membuat liputan kepulangan jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi dekat sini pada Selasa. Tidak pulak di beritahu apa puncanya sehingga petugas media tersebut di pukul sehingga mengalami kecederaan yang agak serius juga. Bertugas sebagai jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak. Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan. Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan.
Aizuddin menunjukkan kameranya yang rosak akibat dan kecederaan dimuka beliau akibat kena tembuk oleh salah seorang keluarga mangsa nahas #MH17.
Setakat ini belum ada berita samada jurugambar tersebut membuat laporan polis atau tidak. Apalah nak jadi di negara kita sekarang ini. Sikit pun hal nak bergaduh, pukul, tumbuk sehingga berlaku kecederaan. Negara kita baru sahaja menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 tahun. Ingatkan semunya dah dewasa dan memahami apa itu erti 'kemerdekaan'. Tapi, masih lagi ada yang ingin tunjuk samseng tak bertempat. Apapun, IBM tidak menuduh mana-mana pihak kerana punca insiden tersebut tidak jelas, siapa yang memulakan pergaduhan tersebut  dan apakah puncanya. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...