Wednesday, September 3, 2014

KHALID TIDAK MAHU CAMPUR URUSAN CALON MB SELANGOR YANG BARU. LANTAK DEPA LAH, KATANYA.

RABU, 03 SEPTEMBER 2014

SUMBER : 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan terlibat dalam urusan pelantikan menteri besar baharu bagi membolehkan beliau memberi tumpuan terhadap urusan pentadbiran ketika ini. Menurutnya, tindakan untuk tidak mencampuri urusan tersebut telah dimaklumkan kepada pihak istana. "Saya tak tahu dan saya pun tak nak ambil tahu. "Saya tak boleh terlibat. Dalam perkara ini saya minta tak terlibat kerana saya rasa saya ada kepentingan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini, Rabu. Tambahnya, sebagai Menteri Besar, beliau hanya akan diberitahu tentang keputusan tertentu sepanjang proses pemilihan dan pelantikan dijalankan.
Tegasnya, beliau juga tidak mengetahui jumlah nama calon yang telah dihantar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP pada Rabu. "Saya tak tahu calon-calon dan jumlahnya. "Yang saya tahu dan diberitahu, ketiga-tiga parti telah menghantar nama calon Menteri Besar dan untuk proses seterusnya pihak istana akan memberi maklum balas terhadap cadangan yang diberikan," katanya. Ditanya jika terdapat tempoh masa yang ditetapkan untuk istana membuat tindakan seterusnya, beliau berkata, perkara itu akan diketahui secepat mungkin.
Mengulas mengenai pilihan raya negeri yang mungkin terpaksa diadakan bagi menyelesaikan krisis ini dan mungkin membuka peluang kepada dirinya untuk terus menduduki kerusi Menteri Besar, jelas beliau menyerahkan perkara itu kepada budi bicara Sultan Selangor. Namun, beliau mengakui adalah penting untuk kemelut ini diselesaikan dengan kadar segera. "Paling penting dan utama ialah mencari pengganti untuk Menteri Besar yang ada sekarang," katanya.
P/S ~ Kita pasti Duli Sultan Selangor akan menggunakan kebijaksanaan Baginda untuk memilih siapakah penganti Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baru. Buat masa ini, yang begitu gabra dan gelisah adalah calon-calon yang telah di hantar oleh parti masing-masing dalam pakatan haram. Kita tunggulah apa kesudahannya dan siapa MB Selangor yang baru. Khalid nampaknya ceria dan tersenyum lebar bila diajukan soalan. Katanya beliau tak mahu tahu dan campur urusan tersebut. Merajuk kot...hehehehe. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...