Monday, September 29, 2014

DAPIGS TUNJUK SIKAP (BELANG) SEBENAR APABILA MENYINGKIR ISZUREE....KESIANNN PAS!

ISNIN, 29 SEPT 2014

SUMBER....

DALAM hal ini, bukan UMNO nak menyibuk atau menjadi 'batu api'. Tapi, sekadar bersimpati dan menyedarkan PAS agar tidak dibuli oleh DAPigs dan rakan-rakanya didalam Pakatan. Ini kerana apabila tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP jelas menunjukkan bahawa kebebasan menyuarakan pendapat tidak dapat diterima pakatan rakyat di negeri ini. Komen yang dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman (gambar atas) ada faktanya. Katanya, DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang telah mula menunjukkan sikap sebenar mereka yang tidak boleh menerima kritikan walaupun daripada sekutu politik sendiri. Tindakan drastik kerajaan Pulau Pinang menggugurkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa MPPP yang dianggotai beliau sebagai Ahli Majlis MPPP mewakili PAS Pulau Pinang Jumaat lalu tidak mengejutkan UMNO. DAP yang selama ini melaungkan mereka mendokong kebebasan bersuara telah mengambil pendekatan menutup mulut pengkritik sebagaimana yang dilakukan PAP Singapura terhadap pihak yang mengkritik mereka, katanya dalam satu kenyataan di George Town hari ini. 

Semalam, akhbar melaporkan tindakan menyingkirkan Iszuree (gambar kanan) berikutan ucapan dasar Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor baru-baru ini menegur kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan. Iszuree dilaporkan berkata beliau menerima surat mengeluarkannya daripada MPPP, namun surat berkenaan tidak menyatakan alasan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan itu biarpun Iszuree telah menjadi ahli majlis tersebut sejak 2010. Surat bertarikh 26 Sept itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 Sept telah memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan. Zainal Abidin berkata Iszuree dalam ucapan beliau di Muktamar PAS itu membangkitkan permasalahan orang Melayu Pulau Pinang serta pengusiran penduduk kampung tradisional untuk tujuan pembangunan yang banyak berlaku sejak 2008. 

Beliau berkata ucapan Iszuree mewakili PAS Pulau Pinang pada Muktamar PAS itu membuktikan bahawa kedua-dua isu berkenaan benar-benar berlaku di Pulau Pinang sejak DAP menjadi kerajaan negeri dan mereka dilihat tidak bersungguh-sungguh serta ikhlas dalam menangani isu tersebut. Ahli Majlis MPPP mewakili PAS itu digugurkan kerana mengkritik kerajaan Pulau Pinang dan kenapa mereka (kerajaan negeri) begitu marah dengan pendedahan yang dibuat oleh Iszuree dalam ucapannya di Muktamar PAS? Dalam dua pilihan raya umum lepas, anggota dan penyokong PAS Pulau Pinang turut bekerja keras untuk memenangkan calon-calon DAP dan PKR, bagaimanapun Adun tunggal PAS (Datuk Mohd Saleh Man) tidak juga dilantik menjadi Exco kerajaan Pulau Pinang. Inilah balasan untuk kesetiaan dan pengorbanan PAS di Pulau Pinang, katanya. Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang turut bersimpati dengan layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada PAS, sama ada di Pulau Pinang mahupun di peringkat nasional. 

Beberapa hari lalu, DAP dalam satu kenyataan menerusi Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng telah menggelar empat orang ADUN PAS yang juga Exco kerajaan negeri Selangor sebagai 'pengkhianat'. Jadi, kami UMNO berpandangan dengan tindakan dan layanan buruk oleh DAP terhadap PAS, parti itu perlu mengkaji semula peranan mereka dalam Pakatan Rakyat, katanya. Jadi, sampai bila PAS mahu mengikut telunjuk dan di buli oleh DAPigs? Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...