Friday, September 5, 2014

PENGHASUT SABAH & SARAWAK KELUAR MALAYSIA BOLEH DIKENAKAN AKTA HASUTAN. SIAP KORANG!

JUMAAT, 05 SEPT 2014
KERAJAAN telahpun mula mengambil tindakan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan agar rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. Sumber yang IBM dapat apabila Menteri di Pejabat Perdana Menteri Hajah Nancy Syukri (gambar bawah kanan) berkata PDRM pada masa ini sedang melakukan siasatan lanjut berhubung beberapa kenyataan yang disifatkan mampu menggugat keamanan dan kestabilan khususnya di kedua-dua negeri itu. Nancy, yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata demikian ketika dihubungi Sarawakiana secara eksklusif menerusi perbualan talipon tengahari tadi berkaitan tindakan yang telah di ambil oleh pihak berkuasa terhadap pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan menghasut rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia.
IBM difahamkan setakat ini, pihak polis sedang menyiasat berhubung dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang mendakwa sebagai "Sarawak dan Sabah Keluar Malaysia" (SSKM) yang dianggap mampu menggugat keamanan di negeri Sabah dan Sarawak." Ditanya apakah bentuk tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap kumpulan pemisah ini, Nancy berkata, kerajaan terpaksa  melihat apakah kesalahan yang dilakukan (mereka) namun kes boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Hasutan 1948.

Semalam, sumber melaporkan bahawa Ketua Polis Negara Tan Seri Khalid menerusi akaun Twitternya memberi amaran kepada pihak tertentu yang mengadakan kempen di Sabah yang bertujuan untuk memporak-perandakan negara ini dan mereka dalam perhatian polis. Difahamkan, sejak kebelakangan ini, beberapa pihak begitu galak dan secara terbuka menerusi media sosial telah cuba menghasut pelayar-pelayar media sosial agar Sarawak dan Sabah keluar dari Malaysia.-Sarawakiana. Kesimpulanya, memang patut pihak tersebut di tangkap dan di dakwa mengikut akta hasutan. IBM amat-amat setuju dan begitu juga orang ramai. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...