Sunday, September 21, 2014

FUYOO! DAHSAT! DAHSAT!....HADI GELAR DUA ADUN PAS 'BARUA' PKR...HUHUHU!

AHAD, 21 SEPT 2014

SUMBER....
MARAH betul nampaknya Hj Hadi sehingga menyifatkan dua wakil rakyatnya yang bertindak menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon Menteri Besar Selangor sebagai 'barua' Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib)  (gambar bawah kanan) dianggap melanggari baiah atau sumpah taat setia kepada parti. Kita tak memandang ringan (tindakan) dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker...yang jadi barua. Tidakkah tiap-tiap wakil rakyat kita berbaiah masa nak jadi calon dulu, katanya tegas ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 semalam, Sabtu. Selain itu Abdul Hadi turut mendakwa sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR 'membeli' dua Adun mereka demi mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Jangan pandang ringan atau ambil mudah nak bagi (amanah menjadi menteri besar) begitu sahaja. Ada amanahnya, katanya. Tegas Abdul Hadi lagi, PAS tidak akan berdiam diri dalam soal calon pengganti Menteri Besar Selangor jika pemilihannya tidak mengikut ajaran Islam. PAS tak boleh berdiam diri kalau melantik seseorang (sebagai menteri besar) kerana kecenderungan (pilihan tanpa asas) dan bukan kerana kelayakan. Apa lagi kalau bukan kerana amanahnya. Dilantik begitu sahaja. Beliau tak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam (jika salah pilih), katanya. Bagaimanapun Abdul Hadi menegaskan bahawa PAS tidak berminat untuk menduduki kerusi panas itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Namun katanya, pemilihan calon untuk memikul tanggungjawab perlu dibuat dengan kaedah yang betul. PAS tak berebut jawatan Menteri Besar. PAS tak pelahap (tamak) nak jawatan Menteri Besar. Walaupun tak ada persefahaman menentukan siapa jadi Menteri Besar...tak ada perjanjian bertulis. 

Walaupun PAS ada 15 kerusi, PKR (14) dan DAP (15) serta Perlembagaan Selangor menyebut menteri besar seharusnya Melayu dan Islam, PAS tak tuntut (jawatan menteri besar). Tapi ingat...di sana ada hukum syarak, bukan hukum akal sahaja, katanya. Jadi, apa lagi yang Hadi Awang tunggu lagi? Marah betul Hj Hadi nampaknya. Jadi, kalau dah marah sangat kat PKR tu, belah je lah. Kenapa masih nak bersama Pakatan Rakyat yang tidak mendatangkan apa-apa menafaat dan faedah kepada PAS. Sebaliknya, PAS telah banyak menanggung dosa kerana bersubahat dan mempertahankan rakan kongsinya, PKR dan penasihatnya, Anwar Ibrahim. Sudah tiba masanya PAS 'bertaubat' dan undur dari Pakatan Haram. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...