Tuesday, September 23, 2014

DAH DAPAT JAWATAN MB, PKR MASIH BERKELAHI, AZMIN BERBOHONG!!

ISNIN, 22 SEPT 2014

SUMBER......
YANG mana satu betul ni? Di pihak Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memaklumkan pencalonan namanya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu diterima sebulat suara oleh parti (PKR). Azmin berterima kasih kepada Presiden dan semua rakan pimpinan kerana parti telah sebulat suara mencalonkan beliau sebagai calon MB bagi pihak PKR," katanya kepada pemberita, petang tadi. Azmin dalam pada itu memaklumkan bahawa surat pelantikan rasmi daripada istana diterima sekitar jam tiga petang tadi. Sebaik terima surat ini seperti yang dijanjikan kepada parti, beliau maklumkan terus kepada Ketua Umum tentang perkembangan yang terakhir dan kita telah putuskan untuk adakan mesyuarat biro politik tergempar jam lima petang tadi, disusuli dengan pertemuan ADUN PKR dan kemudian Majlis Pimpinan Pusat, ujarnya. 

Azmin yang ditanya samada pencalonannya direstui PKR, beliau hanya mengulangi pencalonannya adalah 'sebulat suara'. Tapi sumber yang IBM dapat, bahawa Datuk Saifudin Nasution telah membuat kenyataan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berkompromi dan memberi persetujuan terhadap calon lain, termasuk Azmin Ali. Tapi, ADUN Bukit Antarabangsa itu akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu di Istana Alam Shah, Klang, pada jam 10 pagi esok. Maklumat yang IBM dapat petang tadi, Wan Azizah akan membuat sidang akhbar berasingan dengan Anwar pagi esok. Apakah komen didalam sidang akhbar itu nanti?...Sama-sama kita tunggu, kerana di sebalik perlantikan Azmin kononnya di restui oleh parti PKR, tapi, masih ada yang tidak puas hati. PKR, masih bergolak dan akan terus bergolak. Wasallam ~ IBM 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...