Friday, September 19, 2014

NAHAS #MH17 : MALAYSIA TIDAK AKAN BERHENTI TUNTUT KEADILAN UNTUK MANGSA. PERCAYALAH!!

JUMAAT, 19 SEPT 2014

SUMBER.....
PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Malaysia tidak akan berdiam diri dan berhenti sehingga keadilan terhadap mangsa tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17, diperoleh. Hari ini, kita menerima tiga lagi (jenazah) mangsa warganegara Malaysia dari #MH17. Beliau berkongsi kesedihan mereka dan beliau tidak akan berhenti sehingga keadilan diperoleh, kata Perdana Menteri dalam akaun Twitternya hari ini. Jenazah tiga mangsa tragedi termasuk dua beradik dibawa pulang ke tanah air hari ini dan diberi penghormatan penuh adat ketenteraan sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. 

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, telah ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. Daripada 43 penumpang rakyat Malaysia berada dalam pesawat Boeing 777-200 itu, identiti 41 jenazah terdiri daripada 26 penumpang dan 15 anak kapal sudah dikenal pasti. Setakat ini, 36 jenazah penumpang rakyat Malaysia telah dibawa pulang ke tanah air dari Netherlands. Mayat mangsa nahas yang ditemui di Ukraine telah dibawa ke Netherlands kerana rakyat Belanda merupakan bilangan penumpang terbesar. Selain warganegara Malaysia dan Belanda, rakyat Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand adalah antara 298 penumpang. 

Insyallah, kalau kita dipihak yang benar. Lambat laun dalang yang bertanggung jawab akan dapat di kesan dan akan dibawa ke muka pengadilan. Kepada semua keluarga mangsa, harap bertenang dan bersabar. Wasallam ~ IBM 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...