Monday, September 22, 2014

MPP MARAH ISTANA LANTIK AZMIN SEBAGAI MB SELANGOR YANG BAHARU. MEREKA MAHUKAN WAN AZIZAH@NENEK KIPAS...

ISNIN, 22 SEPT 2014

SUMBER......
DAH IBM jangka. Mesti ada yang tidak puas hati terhadap Istana diatas perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baharu. Walaupun kononnya rata-rata pemimpin-pemimpin PKR bersetuju dan merestui perlantikan tersebut, tapi, ada juga suara lantang yang tidak bersetuju, umpama 'rumah siap pahat berbunyi'. Diberitakan, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menegur Istana Selangor kerana  tidak mempertimbangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baru. MPP melahirkan rasa yang amat kesal dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak Istana terhadap pencalonan Wan Azizah yang telah memenuhi kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan sokongan majoriti 30 ahli Dewan Negeri, kata kenyataan itu. IBM  difahamkan oleh sumber bahawa MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Wan Azizah sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas, tambah badan itu. 

Malah, menurut PKR, ia juga menjejaskan kemuliaan institusi raja berpelembagaan. Badan tertinggi PKR itu berkata ia akur dengan keputusan Istana melantik Timbalan Presiden parti Azmin Ali sebagai MB baru namun berharap rasional pelantikan sebegitu dielakkan pada masa depan. MPP menegaskan juga bahawa proses yang tidak menepati kehendak undang-undang ini tidak boleh dijadikan satu duluan (precedent) di masa hadapan, ujar badan itu. Menurut badan itu ia akur kepada perlantikan Azmin sebagai MB kerana mengambil kira keperluan menyelesaikan isu perlantikan MB secepat mungkin demi menjaga kepentingan rakyat. Kenyataan PKR itu dijangka memburukkan lagi hubungan di antara parti itu dan pihak Istana yang sebelum ini sudah dua kali menegur  pimpinan PKR secara terbuka. 

Teguran itu berpaksi kepada keengganan parti itu mencalonkan lebih daripada dua nama untuk jawatan MB sebagai yang diminta oleh Sultan Sharafuddin. Sebaliknya PKR dan DAP bertegas untuk hanya mencalonkan Wan Azizah berasaskan sokongan majoriti beliau dalam DUN Selangor. Bagaimanapun Sultan Sharafuddin menegaskan faktor-faktor lain daripada sokongan majoriti juga perlu diambil kira dalam pelantikan untuk jawatan MB itu. Berapa lama Azmin boleh bertahan dan menjalankan tugas beliau sebagai Mb Selangor?....Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...