Thursday, September 11, 2014

PEMUDA PAKATAN HARAM DESAK ZAHID MANSUHKAN AKTA HASUTAN?..PEGI DAH!! BOLEH MAMPUS LE SEMUA!!

KHAMIS, 11 SEPT 2014

SUMBER : 
INILAH muka-muka samseng pemuda pakatan rakyat yang diberitakan akan mengadakan pertemuan hari ini dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan keperluan memansuhkan Akta Hasutan 1948. Mereka turut menghantar memorandum sebagai mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengotakan janji pada 12 Julai 2012 yang lalu. Pemuda PAS, PKR dan DAP itu turut menggesa kerajaan membebaskan segala pertuduhan yang dikenakan kepada kesemua pemimpin pembangkang, ahli akademik dan aktivis melalui Akta Hasutan tersebut. Selepas kemerdekaan, akta ini tidak digunakan ke atas komunis, tetapi terhadap tentangan politik. Undang-undang yang menjamin keadilan tidak wajar lagi menjenayahkan percakapan dan buah fikiran. 

Adakah munasabah menjadikan kritikan kepada pemerintah sebagai satu jenayah?, kata Ketua Pemuda DAPSY, Teo Kok Seong. PAS dan PKR masing-masing diwakili ketuanya Suhaizan Kaiat dan Nik Nazmi Nik Ahmad. IBM difahamkan mereka kesemua hanya dibenarkan masuk sekitar jam 11.30 pagi tadi. Persoalanya, siapa mereka-mereka ini yang berani mendesak DS Zahid? Bagi IBM senang sahaja. Nasihat IBM kepada semua pemuda pakatan haram ini supaya berambus dari bumi Malaysia ini. Tak suka dengan undang-undang di negara ini, sila..sila belah. Kepada DS Zahid, jangan tunduk kepada kemahuan pemuda keparat pembangkang itu. Suka diingatkan kepada mereka supaya jangan nak cuba-cuba jadi hero dan membuat hura-hara di negara ini. Akta hasutan masih relevan dan di guna pakai. Jangan sampai korang seorang demi seorang di humban ke penjara. Ada faham? Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...